Hola,
Muka dengan tak berapa berperisa tunggu nombor untuk amik darah kali ketiga dalam minggu yang sama. Mood memang lari jauh sangat lepas session dengan nurse tadi. Sampai dalam bilik tanya nurse, "Cik boleh cuba amik dekat tempat lain tak sebab hari Selasa kemarin saya baru amik darah dekat 2-2 tempat ni." Sambil tunjuk tangan yang amik darah lepas tu nurse kata takpe saya cuba. Cuba-cuba punya cuba lama juga dy belek untuk cari urat yang sesuai. Last-last dy cuba amik dekat urat yang sama tapi atas sikit. I memang jenis urat susah nak jumpa walaupun urat nampak jelas tapi itu bukan urat untuk amik darah.
Selesai semua nurse benarkan balik. Tapi ikut kata nurse yang garang muka kelat tadi. Sabtu & Ahad kena monitor juga tekanan darah. Untuk Sabtu boleh datang semula ke klinik sini jam 8am & untuk hari Ahad kena buat dekat klinik swasta. Hari Isnin baru boleh jumpa dengan doktor. Minggu yang asyik berulang-alik ke klinik. Layankan saja.
#Throwback minggu lepas. Jumaat datang lagi. Macam tora datang lagi. Sengih-sengih nak check bp tapi mood ada sedikit lari sebab ada selisih paham dengan hubby. Istighfar dalam hati, harap-harap kali ni tak naik lagi sekali. Kalau ikutkan keturunan memang takde darah tinggi & possibility kurang tapi mungkin masalah lebihan berat badan yang menjadi penyumbang kepada masalah darah tinggi.
Sampai klinik nurse suruh check urine dulu & nanti bagi buku pink semula dekat dy. Selesai check urine nurse panggil. Hari Jumaat sepatutnya semua orang mood chill tapi dekat kaunter 30 ni dapat pula la nurse yang mungkin mood tersimpang jauh ke laut sebab sibuk memikirkan esok Sabtu & Ahad nak bawa anak-anak berjalan ke mana atau ada kenduri kawin & baju apa nak pakai.
Dy tak jemput pun I duduk dekat kerusi depan dy tapi sibuk sangat membebel kata "awak sepatutnya datang check hari-hari lepas check up haritu sebab doktor nak tengok jadual tekanan darah awak, kalau macam ni saya tak benarkan awak jumpa doktor". Salah I sebab kurang ambil perhatian apa yang doktor cakap haritu. I ingatkan kena datang terus hari Jumaat jumpa doktor. Tapi rupanya tersalah.
Nurse dengan muka ketat check bp & timbang. Nasib dalam rasa berdebar-debar bp okay. Berdebar sebab kena marah dengan nurse. Tapi I perhatikan nurse tu memang garang. Masa first-first time I datang check up dekat sana pun dy dok membebel nombor Q dah ramai sangat sedangkan patience-patience dy untuk check tekanan darah tak habis lagi. Jadi patience punya Q dah panjang dekat meja dy.
Tengah-tengah check bp dy slamber bagitahu "awak kena amik darah lagi sekali sebab haritu tiub awak takde label". Amboi sampai macam tu sekali sistem dekat klinik gomen ni. Suka-suka hati je bagitahu news yang paling sedap didengar dengan keadaan macam tu. Memang rasa (&^%$#%$ je. Nak kena lagi sekali amik darah. Dah la Selasa hari tu baru je tadah tangan amik darah then nak kena lagi.
Sungguh kurang menyenangkan dengan perkhidmatan nurse tadi. Faham la kakak penat ke atau ada bende yang merunsingkan ke tapi kenapa rakan-rakan sekerja kakak yang lain elok je. Berkomunikasi cara baik lagi. Layan pun walaupun so-so sebab faham patience lain ramai lagi tunggu tapi muka dorang semua senyum & manis, selesa kita as patience ni berurusan. Bukan macam kakak yang muka sentiasa kelat + ketat. Bahasa yang kakak guna pun kurang mesra pelanggan. Orang yang kental-kental & jenis masuk telinga kiri & keluar telingan kanan je boleh hadap kakak ni.
Sungguh kurang menyenangkan dengan perkhidmatan nurse tadi. Faham la kakak penat ke atau ada bende yang merunsingkan ke tapi kenapa rakan-rakan sekerja kakak yang lain elok je. Berkomunikasi cara baik lagi. Layan pun walaupun so-so sebab faham patience lain ramai lagi tunggu tapi muka dorang semua senyum & manis, selesa kita as patience ni berurusan. Bukan macam kakak yang muka sentiasa kelat + ketat. Bahasa yang kakak guna pun kurang mesra pelanggan. Orang yang kental-kental & jenis masuk telinga kiri & keluar telingan kanan je boleh hadap kakak ni.
Muka dengan tak berapa berperisa tunggu nombor untuk amik darah kali ketiga dalam minggu yang sama. Mood memang lari jauh sangat lepas session dengan nurse tadi. Sampai dalam bilik tanya nurse, "Cik boleh cuba amik dekat tempat lain tak sebab hari Selasa kemarin saya baru amik darah dekat 2-2 tempat ni." Sambil tunjuk tangan yang amik darah lepas tu nurse kata takpe saya cuba. Cuba-cuba punya cuba lama juga dy belek untuk cari urat yang sesuai. Last-last dy cuba amik dekat urat yang sama tapi atas sikit. I memang jenis urat susah nak jumpa walaupun urat nampak jelas tapi itu bukan urat untuk amik darah.
Selesai semua nurse benarkan balik. Tapi ikut kata nurse yang garang muka kelat tadi. Sabtu & Ahad kena monitor juga tekanan darah. Untuk Sabtu boleh datang semula ke klinik sini jam 8am & untuk hari Ahad kena buat dekat klinik swasta. Hari Isnin baru boleh jumpa dengan doktor. Minggu yang asyik berulang-alik ke klinik. Layankan saja.
Comments
Post a Comment