Skip to main content

PART 4 : A DAY BEFORE #EMERYSZ WAS BORN

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas

Jumaat, April 17, 2015 10:30:00 pm

Doctor informed nurse untuk register I masuk ward but before masuk ward doctor kene fill up form untuk details peribadi and while waiting doktor untuk isi form, me & MRZ tunggu dekat ruang menunggu. Masa tunggu I memang pakai baju hospital yang I tukar masa proses stimulate before. Tapi I forgot yang air ketuban I still mengalir. Air ketuban x keluar masa I duduk but bila I berdiri air ketuban akan meleleh keluar. So, masa doktor tengah sibuk isi form they notice dalam buku pink I x ada result type of blood. One of doktor pelatih yang check I mula-mula masa datang iaitu Dr. Razif panggil dari muka pintu bilik dy & tanya, "Puan tahu jenis darah Puan, sebab dalam buku tiada rekod?" I said no & rasanya tadi masa check up bukan doktor ada tanya soalan yang sama jugakan. Berligar-ligar pula blink-blink atas kepala.

Dalam tengah blink-blink I berjalan nak pergi dekat Dr.Razif & baru selangkah suddenly air ketuban I keluar lagi. So, habis 1 kain I basah but luckily nurse yang jaga kaunter baik & dy x marah tapi terus ambilkan I wheelchair & sebelum bagi wheelchair minta I tukar kain & pakai modes (maternity pad) untuk elakkan air ketuban I keluar lagi. I pun cepat-cepat tukar sebab kurang selesa sebenarnya, air ketuban melekit dekat whole area kaki. Jadi bagi cuci bersih & dekat 1/2 jam juga I sendirian dalam ladies labour room sampai banyak kali Dr.Razif ketuk pintu untuk tahu keadaan I. Baik sangatkan Dr.Razif & MRZ pun notice Dr.Razif sangat kind & polite but a bit clumsy. Why I said he is clumsy, sebab dy sangat kelakar bila nak ambil darah until MRZ pun menggomel mana satu nak ikut.

Both doctor decided untuk redo blood test. Dr.Razif yang ambil initiative untuk buat ujian darah. Kelakar start masa Dr.Razif minta MRZ tolak I masuk kawasan "WANITA SAHAJA" sebab Dr.Razif tengah setting procedure nak ambil darah. MRZ pun tolak wheelchair pergi dekat Dr.Razif tapi half way procedure ada nurse minta MRZ tunggu dekat depan sebab kawasan yang MRZ masuk adalah larangan untuk lelaki. Jadi MRZ tunggu dekat depan. Masa doktor nak mula ambil darah I advised doktor untuk ambil darah dekat tangan sebab selalunya bila nurse at KK ambil darah dekat lengan mesti bagi alasan & salah satu alasan iaitu "Maaf saya x jumpa urat jadi kita try dekat tangan." Dr.Razif gelak & dy cakap x apa saya nak cuba. I dalam hati "Amboi suka-suka hati pula doktor nak main cuba-cuba, ingat cucuk jarum dekat lengan patient macam masuk air dalam ikan bagi ikan berat & nampak fresh."

Surprisingly Dr.Razif berjaya ambil darah dari lengan I. Penuh pula satu tiub & Dr.Razif siap perli lagi kata dy hebat boleh ambil darah dekat bahagian lengan. I senyum senget dengar Dr.Razif bagitahu dy hebat. Konon-konon hebat & over pula Dr.Razif. Kebetulan kena urat yang tepat masa doktor cucuk, bolehlah kata dy hebat & amazing, sekali cucuk sahaja Dr.Razif jumpa urat darah. Mungkin before, nurse at KK x berani nak cuba dekat lengan sebab mereka cannot find urat darah plus sebelum cucuk I tunjuk muka takut jadi nurse pun seram nak main cucuk-cucuk so decided try dekat tangan terus sebab dekat tangan urat sangat clear walaupun tangan I banyak lelemak sebenarnya. Al-maklumlah berjaya menternak lemak dengan berjayanya lepas kahwin dengan MRZ dari 63kg - 86kg. 23kg naik dalam masa 3 tahun without failed. Why I cakap without failed sebab orang lain contohnya akan sekejap naik & sekejap turun. Non-hado for me memanjang naik sahaja sampai x sedar gemuk.

Lepas Dr.Razif ambil darah, dy minta MRZ tolak I keluar semula di ruangan menunggu but MRZ cakap tadi nurse kata dilarang masuk. But Dr.Razif insist MRZ untuk tolak I keluar semula. Pemalaskan Dr.Razif, sampai nak tolak keluar pun berat tangan. Muka I memang monyok & dalam masa yang sama MRZ tengah berjalan nak dapatkan I tapi pertengahan jalan ada nurse tahan MRZ minta jangan masuk tapi MRZ masuk juga sebab Dr.Razif lambai tangan suruh fetch me. MRZ pun menonong tolak I keluar & dalam beberapa minit kemudian nurse bawa I & MRZ masuk wad. Wad bersalin opposite dengan bilik yang I warded. Bilik kongsi 6 orang + pakai kipas. Ward Kenanga katil 6 hujung sebelah toilet. 

Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...