Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

PART 9 : A DAY BEFORE #EMERYSZ WAS BORN

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Sabtu, April 18, 2015 08:00:00 am I terlelap finally, tapi jam dekat sebelah dinding rasa macam x bergerak. Tidur dalam seminit dua itu pun I rasa sangat nikmat tapi panjang sangat masa yang berlalu. Hampir hilang suara I sebab terlalu letih. I rasa water drip yang dimasukkan ke dalam body I memang langsung x functioning. Doktor kata air tersebut dapat mengurangkan kesakitan sakit contraction tapi pada I langsung tidak berkesan. Even sebelum semua bermula I ada minta doktor ubat penahan sakit & doktor beri I suntikan pethidine pain killer dekat punggong. Itu pun sama, semua tidak berkesan. Sakit tetap sakit bila datang serang tapi itu pengalamankan. I jadi lemah sebab body letih & I baring mengiring at 1 position only untuk beberapa minit, sambil-sambil selang-seli kalih mengiring & terlentang. Kak Midah banyak kali pesan sentiasa buat exercise meneran selang 60 saat untuk mempercepatkan kedudukan baby ke pintu rahim. Muka memang...

PART 8 : A DAY BEFORE #EMERYSZ WAS BORN

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Sabtu, April 18, 2015 07:30:00 am Nearly 730am if I am not mistaken, I rasa sakit yang teramat sangat & I informed nurse yang menemani I pada ketika itu. I informed her that I felt like the baby want to comes out. Nurse panggil doktor & kebetulan pada ketika itu semua doktor pakar masih ada lagi untuk menyelesaikan tugasan yang terakhir. I merayu dekat nurse bagitahu yang I sakit sangat sampai I fikir okay this is the moment. Tapi rahsia I sebenarnya bila doktor intern tanya " Puan ada rasa nak nak push ke, ikut kiraan saya Puan push ." But just for u'olls information I sebenarnya memang x ada langsung perasaan untuk push cuma I memang rasa I x boleh nak hadap lagi kesakitan yang I alami. Sakit untuk bersalin memang nikmat untuk seorang wanita yang kaum lelaki tidak akan alami & sakit bersalin adalah sakit penghapus kepada segala dosa (dosa yang boleh diampunkan) untuk wanita. Tapi jangan fikir negative. Bagi seoran...

PART 7 : A DAY BEFORE #EMERYSZ WAS BORN

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Sabtu, April 18, 2015 06:10:00 am ( Lambat sangat update blog sampai hampir terlupa semua jalan cerita. Tetapi masih berniat gigih untuk menyambung semua penulisan hingga lengkap sepenuhnya ) I masih ingat sewaktu doktor & nurse sedang sibuk pasang peralatan dekat perut untuk catit draft & ada doktor intern yang bertugas kira pergerakkan contraction secara manual, azan Subuh berkumandang. I jerling jam di bahagian kiri dinding & dalam pada masa yang sama terdetik dihati " Ya ALLAH baru jam 6 lebih ." Merananya menahan sakit contraction yang kuat dari jam 5am tadi ingatkan beberapa jam sudah berlalu tapi rupanya baru sejam. Tuhan sahaja yang tahu sakit bersalin macam mana. I kuatkan diri menahan segala keperitan kesakitan yang I alami sampai sebenarnya I baru tersedar yang MRZ tiada dalam bilik tersebut sebab sebelum I ditolak masuk ke dalam labour room MRZ dipelawa oleh nurse untuk menemani I tapi MRZ ingin membac...