Skip to main content

PART 7 : A DAY BEFORE #EMERYSZ WAS BORN

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas

Sabtu, April 18, 2015 06:10:00 am

(Lambat sangat update blog sampai hampir terlupa semua jalan cerita. Tetapi masih berniat gigih untuk menyambung semua penulisan hingga lengkap sepenuhnya)

I masih ingat sewaktu doktor & nurse sedang sibuk pasang peralatan dekat perut untuk catit draft & ada doktor intern yang bertugas kira pergerakkan contraction secara manual, azan Subuh berkumandang. I jerling jam di bahagian kiri dinding & dalam pada masa yang sama terdetik dihati "Ya ALLAH baru jam 6 lebih." Merananya menahan sakit contraction yang kuat dari jam 5am tadi ingatkan beberapa jam sudah berlalu tapi rupanya baru sejam. Tuhan sahaja yang tahu sakit bersalin macam mana.

I kuatkan diri menahan segala keperitan kesakitan yang I alami sampai sebenarnya I baru tersedar yang MRZ tiada dalam bilik tersebut sebab sebelum I ditolak masuk ke dalam labour room MRZ dipelawa oleh nurse untuk menemani I tapi MRZ ingin membaca T&C procedure dahulu untuk suami yang ingin menemani isteri yang mahu melahirkan. Sehinggalah I diberitahu oleh nurse yang MRZ enggan masuk kerana takut darah. Honestly, kalau I bukan dalam keadaan sakit yang teramat sangat memang I minta break 5 minit untuk discuss dengan MRZ tapi sebab I tidak mampu untuk melawan kesakitan yang sedang dialami, I dengar apa yang diberitahu & seperti angin lalu. Masuk telinga kanan & keluar telinga kiri.

Acah-acah sedih tapi sangat bernasib baik, MRZ ada kawan kerja sebagai nurse dekat HTAN & kebetulan pagi berkenaan dy datang bertugas shift 7am. Kak Midah nama kawan MRZ & pernah berjumpa sekali semasa reunion rakan sekolah MRZ di Melaka. Sepanjang masa pegang tangan kak Midah sambil mengaduh sakit. Iyalah, sakit contraction, semua serba tidak kena, duduk salah, baring salah, mengiring ke kanan salah & mengiring ke kiri lagilah bertambah-tambah salah. Tapi memang salah I sebab kak Midah pesan untuk banyak-banyakkan buat senaman push untuk cepat buka bukaan. Tapi bukan I yang x nak buat cuma, okay bayangkan u'olls sakit perut untuk membuang tapi orang tahan.

Some sort like that lah, so I yang sebelumnya banyak buat kajian untuk proses-proses mempercepatkan kelahiran jadi totally lost, info & knowledge yang I google & belajar dari website semua I x praktikkan sebab perasaan I pada ketika itu adalah I sakit perut memulas-mulas nak buang air besar tapi I x jumpa tandas untuk melepaskan hajat & paling kejam ada orang halang I untuk pergi ke tandas. Bayangkanlah tapi ini cuma imaginasi I sebab if ada yang tanya I question, adakah bersalin normal sakit & jawapan I adalah TERSANGAT SAKIT hahaha

Sepanjang masa I pegang tangan kak Midah sebab I sangat memerlukan seseorang pada waktu & ketika itu. Sampai hati MRZ enggan teman I masa saat-saat yang geting. Hingga sekarang I tolak alasan yang MRZ bagi untuk dikategorikan sebagai penyebab MRZ refused to accompany me during delivery session. I fikir alasan yang diberi sangat tidak logik, tidak munasabah & tidak perlu dipraktikkan di masa hadapan. Yes, I marah sebab MRZ lepaskan peluang yang ada. Mana tahu akan datang mungkin MRZ tiada lagi peluang untuk melihat proses yang sama. Lagi pun jarang-jarang kita dengar adanya hospital kerajaan yang membenarkan suami untuk menemari isteri sepanjang proses kelahiran. Peluang ada depan mata tapi MRZ biarkan ia berlalu.   

Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...