Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

PART 23 : MY EXPERIENCE AS A MOTHER TO #JIBRAILLEMERYSZ

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Izz Azan Emerysz bin Zaharrudin : 44 hari Reveal my secret that help me lose almost 19kg during confinement. I x consume apa-apa ubat yang pelik-pelik or jamu-jamu tradisional sebab I takut makan ubat, I x suka benda yang pahit & I seriously confused nak pilih jamu yang mana 1 bagus & terbaik digunakan masa dalam pantang. Luckily I x beli sebab my baby kena jaundice for a long period juga so doctor advised me no to taking any ubat-ubat yang panas. Later I update photo. 

PART 22 : MY EXPERIENCE AS A MOTHER TO #JIBRAILLEMERYSZ

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Izz Azan Emerysz bin Zaharrudin : 30 hari Pejam celik, pejam celik, 30 hari duduk, baring, terlentang, makan, tidur, mandi dll lain buat berdua. Ada masa kadang-kadang dapat & ada masa kadang nak makan pun tercekik. Dalam masa 30 hari yang sebelumnya I ada juga curi-curi tidur siang, tengok TV, main handphone, baca novel, siapkan assignment Master my sister tapi azab kemudian hari memang terasa sampai sekarang. Salah satu kesakitan yang I alamai berpanjangan adalah sakit belakang (sebab pantang main-main), mata rabun teruk (mungkin sb diabetis during pregnancy) & kadang-kadang migrain. I sambung pantang until 44 hari tapi ini secret sangat. Masa dalam pantang I ada termakan KFC, satay ayam, kuih wadey, nugget cheese & kerepek sukun. So jangan pelik bila I ada sakit-sakit seperti yang diatas. Macam-macam ubat I try lepas habis pantang untuk cari keserasian dengan ubat tersebut supaya dapat reda atau hilangkan terus sakit yang I al...

PART 21 : MY EXPERIENCE AS A MOTHER TO #JIBRAILLEMERYSZ

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Ahad, April 25, 2015 12:00:00 pm I start tinggal dengan my mom untuk habiskan balance sesi berpantang yang ada. Berpantang dengan ibu sendiri lain cara berpantang dengan MIL. My ibu I told you very strict sampai ada one time I fed up dengan menu makanan yang my ibu sediakan. On that day my ibu served me sup daging. SUP DAGING yang kalau hari-hari biasa kita akan makan dengan mee hoon, mee, kuetiow & sambal kicap pedas tapi I kena makan dengan nasi. Honestly I x makan sup ayam, sup ikan or apa jenis sup yang lain-lain sebab I kurang minat. My mom x cakap dengan I seharian sebab I refused untuk makan menu yang disediakan.  Belum masuk lagi untuk bertungku sehari 2/3x yang I banyak cengkelat semestinya sebab I pakai tungku besi & kena bertungku selama 1 jam lebih. Kalau larat I buat tapi memang I hari-hari kena buat cuma masa yang diperuntukkan I banyak tipu & paling lama dalam 1/2 jam. Selalu  kalau kena bertungku I ak...

PART 20 : A JOURNEY WITH MY LITTLE ANGEL #JIBRAILLEMERYSZ

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Khamis, April 22, 2015 12:00:00 pm Second time discharged daripada hospital lepas doktor declare jaundice my baby turun pada paras level yang selamat means bawah dari paras bahaya yang sepatutnya walaupun masih terdapat lagi tanda-tanda kuning pada badan dy. Happy bukan main dapat balik rumah, x perlu nak hadap situasi panik bila anak menagis sebab I as a new mother yang kurang experience nak handle baby. Lega dapat makan makanan yang sepatutnya orang dalam pantang makan. Balik rumah & bermulalah sesi berurut dengan bidan kampung yang MIL panggil untuk urut selama 3 hari berturut-turut. Bidan kampung honestly memang best sebab mereka amalkan urutan tradisional yang buat kita rasa puas & selesa satu badan. Paling my favourite is pakai bengkung sebab cara pakai memang payah sikit tapi ikatan sangat kejab.  Even pakai satu hari masih selesa & untuk pergi ke tandas buang hajat pun no problem. Ikatan bengkung x longgar & untuk...

PART 19 : A JOURNEY WITH MY LITTLE ANGEL #JIBRAILLEMERYSZ

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Rabu, April 21, 2015 07:00:00 am Dalam sehari akan ada 2x sesi ( 7am & 7pm ) semua bayi akan diberikan susu formula sebagai langkah dalam membantu bagi menurunkan paras demam kuning selain duduk dibawah lampu biru sepanjang masa selain mata ditutupi dengan kain gauze yang disediakan. Setiap bayi diawasi dengan tahap level lampu biru yang berbeza-beza. Ada yang hanya menggunakan single lampu & ada yang menggunakan kedua-dua lampu. Macam Jibraill guna 2-2 lampu atas & bawah sebab paras kuning Jibraill masih tinggi untuk hari kedua.  I dengan Jibraill check in 3H2M dekat NICU hospital sebab I gagal untuk membantu menurunkan paras demam kuning terhadap Jibraill walaupun dibantu dengan pemberian susu formula yang disediakan oleh pihak hospital. Mula rasa gusar sebab kawan-kawan katil lain sudah diberi kebenaran untuk discharge jadi tinggal I seorang dalam wad.  Dalam separuh hari ada lagi mommies yang register masuk ...

PART 18 : A JOURNEY WITH MY LITTLE ANGEL #JIBRAILLEMERYSZ

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Selasa, April 21, 2015 02:00:00 pm Selesai doktor & nurse buat pemeriksaan`to my baby kami berdua kena tahan duduk dalam wad. Luckily I boleh tinggal sekali dengan anak I sebab ada mommies yang tinggal berasingan macam kes masa I masih dalam wad selepas melahirkan anak tempoh hari. I dapat bilik yang agak selesa compared to the last time kerana bilik dengan baby dilengkapi aircond. Sebelah katil I ada perempuan Chinese but she can't communicate Malay/Eng only Mandarin so susah nak inform apa-apa. Tapi anak dy baik sangat kurang meragam & tidur sentiasa. Hujung katil ada kakak yang kebetulan kerja 1 row dengan office I dekat Glenmarie. Dy register sini sebab nak berpantang dekat kampung tapi anak terkena kuning juga. Anak kami lahir beza 2 hari sebab anak kakak tersebut lahir on April 15 while anak I April 18, 2015. Nasib baiklah ada kawan jadi boleh buat peneman untuk sepanjang berada di hospital. Kakak tersebut pun lahir anak pe...

PART 17 : A JOURNEY WITH MY LITTLE ANGEL #JIBRAILLEMERYSZ

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Selasa, April 21, 2015 07:00:00 am Hari ketiga untuk baby. Petang semalam nurse ada call tanya update baby samada ada bawa baby pergi check KK atau tidak. MZI beritahu belum berpeluang untuk bawa baby & berkemungkinan akan bawa baby pergi esok ( harini ) selepas nurse datang untuk rutin check up kesihatan.  Pagi macam biasa persediaan diri sendiri. Nurse datang & melakukan pemeriksaan & nurse pesan untuk segera ke KK sebab kuning baby nampak ketara & jelas di bahagian mata. Seluruh bahagian mata adq kelihatan kuning sepenuhnya. I memang nervous of course sebab I baru keluar hospital & kena pergi hospital semula.  At 10am kami bertiga pergi KK untuk check status kuning adq & seperti yang dijangka kuning adq sangat tinggi almost reach 300. Doktor gesa untuk terus pergi hospital. Dalam hati memang rasa again, hospital & nightmare. Berapa hari pula kena check in for this time.  I admit I self...

PART 16 : A JOURNEY WITH MY LITTLE ANGEL #JIBRAILLEMERYSZ

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Isnin, April 20, 2015 07:00:00 am Selasa sangat tidur untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah bby tidur lena untuk malam pertama dekat rumah Uwa dy. Bangun awal sebab nanti ada nurse datang buat kunjungan dekat rumah. I seriously kurang pengetahuan tentang nurse yang akan melakukan visit untuk patient yang baru melahirkan. Tapi before I discharge from the hospital yesterday they have inform to do something based on the list from the pink book. Hospital ada menyediakan buku biru untuk buku bayi yang perlu diserahkan di mana-mana Klinik Kesihatan berdekatan untuk check up harian selama seminggu. Pagi tersebut I start mandi daun akar kayu yang I beli dari IG ( later I attach nama IG berkenaan ) infact banyak barang keperluan I beli daripada IG & Facebook sebab kekangan masa kecuali baju-baju baby I beli dekat H&M. Ingat lagi shopping dalam masa 1 malam itupun start dari 8pm - 10pm ( 2 jam ) sebab Sunway Piramid nak closing. Dapat grab...

PART 15 : A MOMENT TO REMEMBER

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Ahad, April 19, 2015 11:30:00 am Sebelum makanan tengahari tiba MA & Doc.Intern round buat check up. During this moment I berdoa dalam hati supaya MA & Doc.Intern lepaskan I untuk pulang ke rumah & am so glad Allah dengar doa I sebab kalau ikutkan pihak hospital jarang lepaskan patient hari Ahad & I don't know why. Excited nak balik plus all my sister in law datang jemput I dekat hospital.  SIL suruh I mandi air panas untuk bersihkan badan because since semalam I belum sempat fully mandi & hanya lap badan, bersihkan mana yang patut. I belum mandi sebab I fikir tandas hospital hanya sediakan air pili biasa so I takut nak mandi. Rupanya dekat tandas sebelah ada pili untuk air panas macam dekat rumah. Apa lagi sementara I minta tlg SIL tengok-tengokkan baby I pun pergilah mandi.  Selesa sangat lepas mandi sebab ikut pengalaman I, tempat jahitan yang koyak atau digunting selepas proses deliver bukan sakit san...

PART 14 : A MOMENT TO REMEMBER

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Ahad, April 19, 2015 07:30:00 am Pintu melawat buka untuk pertama kali untuk hari ini. Semua yang lain suami mereka datang tepat pada masanya. Awal-awal lagi I nampak mereka mula datang tunggu selepas Subuh. Even kakak-kakak yang tunggu hari nak deliver itu pun suami or family diorang datang on time. Tapi my MZI tidur dekat rumah. I hate to tell this tapi I memang frustrated sangat-sangat . He should understand my situation, my condition & even my emotion. I called him to come & visit me daripada azan Subuh but dy datang nearly setengah jam sebelum waktu melawat habis. Around 08.30am.  If you at my place what will you feel. Badan penat, emosi kelaut, ada anak sebelah you yang perlukan perhatian. You yang masih lagi kekok dengan serba-serbi dunia baru. Memang amarah menguasai diri. Lagipun you dalam keadaan tidak suci jadi macam-macam boleh berlaku. Time MZI datang I menangis sebab I kena bagi dy tahu apa yang I rasa. Nurse k...

PART 13 : A MOMENT TO REMEMBER

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Sabtu, April 18, 2015 04:30:00 pm Waktu melawat untuk petang MZI datang lagi sekali & this time baru I rasa lapar teruk & start makan. MZI suapkan makanan yang mak beliau masakkan sebab lauk hospital tahan untuk 1 jam kemudian mereka akan datang ambil/kemas semula semua makanan tersebut. Then, bermulalah journey sebagai orang berpantang & makan lauk-pauk untuk orang pantang. Boleh tahan sedap juga walaupun simple.  Sebelum MZI balik I beritahu dy yang I sebenarnya takut nak jaga adq malam nanti. Macam mana kalau adq nangis, adq berak or adq meragam dll. MZI cakap sabar kena slowly belajar. I request untuk MZI stay tapi dy cakap hospital gomen mana boleh suami stay. I start feeling sad & tidak keruan. I know something will happen & I can't handle the situation.  Memang betul my instinct sebab mula jam 8pm adq start menangis setiap 1/2 jam & I can't even sleep untuk 10 minit pun. Ada scene adq poo-poo b...

PART 12 : A MOMENT TO REMEMBER

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Sabtu, April 18, 2015 10:15:00 am Lega sangat lepas transfer bilik masuk wad biasa. MZI ada teman untuk sementara sebab waktu berkenaan bukanlah waktu melawat tapi sebab I baru deliver guard bagi permission untuk MZI teman I dalam 15minit. Nurse datang check temperature ( kalau-kalau demam ), blood pressure & heartbeat me & baby. Alhamdulillah everthing looks good & perfect. I decide to sleep for a while since baby kurang pergerakkan sebab dy pun masih pelik dengan dunia baru. Lama juga I ketiduran sebab sedar-sedar MZI datang with my sister in law bawakan bekal makanan & kebetulan memang waktu lunch. Hospital hantar makanan lauk sambal ayam, sayur, buah tembikai & air sirap. While my mak mertua masakkan lauk ikan goreng halia dengan lada hitam & air kopi panas ( sedap gila air kopi ) tapi dua-dua I mampu untuk tengok sahaja sebab mood nak makan belum ada. Cerita penat belum habis jadi I kurang nafsu nak makan. Th...

PART 11 : A MOMENT TO REMEMBER

#Nukilanberdasarkanapayangterlintas Sabtu, April 18, 2015 10:05:00 am Almost an hour semua perkara dalam labour room siap then I boleh balik ke bilik biasa semula. Before nurse tolak katil stretcher together with me ke bilik semalam yang I menginap, nurse park kami dekat tepi side untuk bagi I moment with my bby which nurse tolong I untuk proses lactasi dan penyusuan bersama bayi bagi yang pertama kali. Kind of weird as the first timer but I enjoy it even though I really have no idea how the process be & I just main hentam kromo sahaja.  Tengok bby macam comfortable & I assume he is okay with the process & mungkin proses penyusuan tersebut sampai kepada bby. Nurse ajar I macam mana nak adjust position bby supaya keadaan selesa untuk bby menyusu dll. Masa pertama kali menjalani proses tersebut I memang kaku sangat sampai don't no how to react & how to setting my body. First, because am too exhausted selepas bertarung untuk proses kelahiran. S...

MEGAT ISRAFIIL JIBRAILL

ASSALAMUALAIKUM W.B.T  Pendahuluan cerita supaya later x ramai yang confuse. I memang bahasakan panggil my baby dengan nama  JIBRAILL & just recently I tukar nama beliau kepada MEGAT ISRAFIIL JIBRAILL tapi itu bukan nama sebenar dy  sebab nama yang didaftarkan di dalam surat beranak adalah IZZ AZAN EMERYSZ BIN ZAHARRUDIN. Kenapa tukar nama panggil JIBRAILL sebab dulu ideanya nak sambung nama jadi JIBRAILL IZZ AZAN EMERYSZ  tapi terlalu panjang untuk kami & takut nanti dy sendiri confuse nama dy yang mana satu sebab nama macam   untuk kepunyaan kepada 4 empunya. Jadi untuk memendekkan tinggallah hanya IZZ AZAN EMERYSZ.  Walaupun nama tersebut masih lagi panjang sebenarnya. Tapi makna kepada nama tersebut hanya terdapat pada perkataan IZZ ( kekuatan ) AZAN ( panggilan kepada Adhan untuk menunaikan solat ) & EMERYSZ hanya sebagai pelengkap & jika disambung makna-makna nama terbabit berbunyilah seperti KEKUATAN AZAN ( ADHAN ) kepa...

JANUARI 2017

ASSALAMUALAIKUM W.B.T OMG, like seriously lama sangat x update my own blog. Reason why, cause I'm too busy doing something else and I terlepas banyak sangat perkara. Macam mana I nak tulis semula semua pengalaman I, yang banyak sangat I terlepas after setahun lebih. Even my baby almost 2 y/o this year. Omaigod, omaigod, omaigod ( jerit dalam hati ) Fine, disebabkan oleh kecuaian & kemalasan diri sendiri. I decided to start new, means apa yang berlaku in my daily & jika ia menyeronokkan atau masih boleh menjadi panduan atau pedoman kepada orang lain, then I akan up the story. Ditambahkan lagi jika I mempunyai kelapangan untuk menulis semula semua kisah-kisah yang lepas also I akan up disini.  Dalam erti kata lain I terpaksa merajinkan diri untuk menaip every day ataupun jika terdapat masa-masa yang terluang. Rugi kalau I gagal untuk mengabadikan segala history dalam kehidupan seharian sebab nanti bila my baby dewasa kelak dy mungkin boleh enjoy moment yan...