#Nukilanberdasarkanapayangterlintas
Ahad, April 19, 2015 07:30:00 am
Pintu melawat buka untuk pertama kali untuk hari ini. Semua yang lain suami mereka datang tepat pada masanya. Awal-awal lagi I nampak mereka mula datang tunggu selepas Subuh. Even kakak-kakak yang tunggu hari nak deliver itu pun suami or family diorang datang on time. Tapi my MZI tidur dekat rumah. I hate to tell this tapi I memang frustrated sangat-sangat. He should understand my situation, my condition & even my emotion. I called him to come & visit me daripada azan Subuh but dy datang nearly setengah jam sebelum waktu melawat habis. Around 08.30am.
If you at my place what will you feel. Badan penat, emosi kelaut, ada anak sebelah you yang perlukan perhatian. You yang masih lagi kekok dengan serba-serbi dunia baru. Memang amarah menguasai diri. Lagipun you dalam keadaan tidak suci jadi macam-macam boleh berlaku. Time MZI datang I menangis sebab I kena bagi dy tahu apa yang I rasa. Nurse kebetulan sedang menjalankan routine untuk morning check up. I told that nurse apa yang menyebabkan I rasa sedih. Wanna know what I tell her. I told her that my husband come late not like other yang memang setia tunggu wife diorang.
Then, that nurse laughing at me. Dy bagitahu ini simptom biasa untuk mereka-meraka yang baru mula-mula jadi mak-mak. I macam like seriously, so bukan I seorang yang ada masalah emosi terganggu dll. That nurse advise me untuk lebih tenang, calm my mind & in shaa ALLAH semua akan jadi lebih mudah untuk diuruskan. Jangan kelam-kabut & biarkan emosi menguasai diri sebab bahaya kerana boleh menjadi penyumbang kepada penyakit yang serious kelak (meroyan).
Sebelum terlupa, pagi sebelum 04.30am ada nurse datang untuk check up patient katil lain. Dy tolong I untuk betulkan position I menyusu supaya I dapat menyusukan bby dalam keadaan yang betul. Nurse tersebut tolong naikkan katil di bahagian kepala & the rest sampai pagi I rehat dalam posisi duduk sambil menyandar & carry bby in my arm. Bukan nak mengeluh tapi I taubat kalau ada rezeki next time I nak check in awal dekat hospital yang I register sebelum untuk mengelakkan insiden bersalin emergency dekat tempat lain.
Comments
Post a Comment