Skip to main content

PAKEJ BERPANTANG & PENUTUP PANTANG

Hello, 

Selamat kembali untuk I yang tenggelam timbul membuat penulisan dekat blog peribadadi ini. Untuk today punya tajuk I decided nak discuss mengenai berpantang sendiri memandangkan I hanya menunggu hari sebelum delivery. Nebes sebenarnya sebab most of my friend yang ada GDM (diabetic) deliver their babies on 38 weeks. So kalau 38 weeks I ada balance about 1 month before my turn. 

But everyday I talk to my baby and said, "sayang you cannot deliver early and please wait untuk 40 weeks & 10 days because mommy & daddy still try to preparing your thing for the best in order to make you comfortable when you coming soon". Hopefully baby will hear and follow my instruction hahaha sebab I nak sangat sediakan semua yang lengkap untuk baby.

And nanti lepas bersalin my hubby will take care of me and we both decided to hired a midwife to take care of me during the confinement session for at least 7 days. Balance sampai 44 days I akan handle semua sendiri lepas tengok  macam mana cara midwife handle me and baby during 7 days session with her. By that time I rasa mungkin boleh semua sendiri sambil-sambil hubby bantu.

Nanti kita tengok whether I managed or not untuk berpantang sendiri sebab I jenis yang agak kemalasan untuk menurut-nurut perintah & kebanyakkan masa I skip or buat-buat lupa untuk buat tapi harap-harap kali ini lain sebab niat di hati nak jaga kesihatan diri dalaman & luaran. Kalau luaran or dalaman kurang menarik nanti orang pandang kita, kita pulak rasa rimas & kurang selesa.

Untuk midwife I pilih pakej yang ditawarkan oleh kak Nur dalam blog beliau Kak Nur Confinement Nanny. Terdapat pelbagai pakej menarik yang ada & I rasa worth it untuk setiap offer bersesuaian dengan harga yang ditetapkan + senang semua kak Nur buat huhuhu. Ini adalah antara pilihan I terhadap pakej offered :

PAKEJ GOLD (7 HARI) RM 1,600.00

1)  Mandian herba
2)  Mandi lulur/scrub (bagi membuang sel-sel kulit mati) [2 kali]
3)  Urutan seluruh badan [5 kali]
4)  Bersengkak (menaikkan rahim)
5)  Urutan payudara bagi melancarkan perjalanan/perbanyakkan air susu [5 kali]
6)  Urutan bagi memudahkan/melawas buang air besar [5 kali]
7)  Urutan bagi mengelakkan terkena angin meroyan [5 kali]
8)  Bertangas [2 kali]
9)  Terapi "vibrate circulation" [5 kali]
     -  Urutan bengkak lepas bersalin
     -  Urutan buang angin
     -  Urutan bagi melancarkan perjalanan darah
     -  Urutan bagi mengeluarkan sisa-sisa darah yang tertinggal

10) Bertungku [7 kali]
11) Berbengkung [7 kali]
12) Berpilis [7 kali]
13) Ramuan "berjah"
     (meminum air perahan ibu kunyit - untuk pecahkan darah beku) [3 kali]
14) Mandian bayi
15) Bertungku untuk bayi
16) Urutan & senaman untuk bayi
17) Cuci pusat bayi
18) Cuci baju ibu & bayi
19) Menyediakan makanan untuk ibu berpantang

** Perkhidmatan pakej ini dianggarkan mengambil masa selama 4-5 jam setiap hari.
** Bahan masakan berpantang disediakan oleh tuan rumah berdasarkan menu yang akan diberi kemudian.

PAKEJ AURA SERI WAJAH (3 HARI) RM 700.00

1)  Scrub badan
2)  Mandian herba [2 kali]
3)  Mandian bunga [1 kali]
4)  Urutan seluruh badan
5)  Bersengkak (menaikkan rahim)

** Pakej untuk menaikkan seri wajah ibu selepas 44 hari berpantang.
** Perkhidmatan pakej ini dianggarkan mengambil masa selama 2-3 jam setiap hari.


Comments

  1. Hi wondering how would you rate the service of Kak Nur. Was thinking to book her also

    ReplyDelete
  2. Hi wondering how would you rate the service of Kak Nur. Was thinking to book her also

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...