Assalamualaikum,
After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.
I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit.
Prosedur Minum Air Gula (MGTT)
1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all)
2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa
3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil (Lama betul 2 jam tersebut)
4. Sila jangan muntah atau anda perlu repeat 2nd time minum air gula
5. After 2 jam 2nd session untuk collect sample darah
6. Settle dengan jayanya & boleh balik
Ujian MGTT tersebut dilakukan untuk melihat kandungan gula dalam darah kita semasa hamil samada body kita mampu untuk melakukan insulin secara semulajadi atau tidak. Ramai juga ibu-ibu hamil yang kadang kala sangkut MGTT sebab insulin failed. Kadar keputusan after 2nd sample yang dibenarkan adalah below 7.8mmol/L & kalau lebih consider GDM. GDM stand for Gestational Diabetes Mellitus iaitu kencing manis semasa hamil.
Kalau sangkut GDM kena start buat rutin 2 minggu sekali untuk cucuk check sendiri (beli tools sendiri atau rajin visit KK 4x sehari). 4x cucuk sehari follow guide yang disediakan. For me I confirm sangkut & kind of excited nak tunggu KK call inform berita tersebut. Renyah jugalah prosedur nanti. Hari-hari yang perlu check level gula kena puasa. Boleh makan tapi kuantiti yang dibenarkan sahaja. Masa pregnant with Jibraill hari-hari nak control diet I makan Subway. Kenyang & lazat.
Masa nampak cawan nak minum air gula tersebut I memang terkejut. Amboi, besarnya cawan. Seingat I masa Jibraill cup kecil like paper cup yang biasa gula masa event. Dengan tingginya air dalam cawan itu. I bayangkan dh muka I masa nak minum. This time around I dapat nurse ambil darah like pro. Pandai cucuk & after effect x sakit macam 1st time. Even 2x ambil darah lengan I masih steady lagi. During 2 hours tunggu pun I x rasa lenguh bahagian lengan or etc.
Tapi perasaan pening & nak muntah itu memang adalah. Masa my turn minum air gula tekak I memang kembang x boleh terima. I pula salah method minum seteguk-seteguk sebab rasa dy memang manis potong kaki 10x. I tengok kakak sebelah I minum sekali harung. I try memang boleh habis tapi sipi yang last nak keluar balik. I rasa dh air gula naik tekak tapi I duduk relax sekejap before hantar cawan.
Masa tunggu 2 jam rasa lama sangat-sangat. Macam-macam drama I hadap sebab KK19 kaunter daftar tunggu dekat luar. So, I pun sama-sama sekali duduk dekat kerusi menunggu dekat luar. Lama-lama pening naik & rasa nak muntah. Tapi ada lawak sikitlah. The moment I rasa nak muntah I nampak satu (1) figure yang buatkan semua perasaan gelisah, x senang duduk, pening & nak muntah tadi hilang. Muka I terus ceria & lega.
Suprise sangat nampak KJ datang sakit-sakit tadi boleh hilang. KJ datang visit sebab KK19 ada kaunter saringan untuk patient Covid. Betullah quote yang selalu digembar-gemburkan tall, dark & handsome. Lebih sikit dy dari my MZI sebab KJ handsome 😝
Now tunggu panggilan dari KK whether I ada GDM atau tidak. Biasa mereka akan call within 2/3 days. Kalau result semua alhamdulillah okay just tunggu next visit. Apa-apa pun I rasa I dh prepare.
Comments
Post a Comment