Skip to main content

SELEPAS BSP

Assalamualaikum,

Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri. 

Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu. 

Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Tapi yang paling ditakuti kematian bayi didalam rahim. 

Dengar doktor cakap ni, I a bit cool sebab I ada review sedikit sebanyak masalah kalau orang ada diabetes ni. Jadi setiap pemakanan kena awasi dengan ketat. Doktor beritahu sebab result I normal sepanjang ujian BSP dy hanya akan ulang prosedur 4x cucuk setiap 2minggu sehingga I selamat lahirkan baby. Tapi jika sepanjang proses pengulangan BSP result I tak cantik doktor akan suggest I untuk amik insulin.

Insulin ni pun cucuk juga tapi cucuk dekat perut 4x. Kalau boleh I memang nak elakkan buat yang lebih berat dari cucuk hujung jari. I rela control diet dari buat kaedah yang ini. Memang orang kata amik ubat & insulin ni bagus sebab boleh makan apa sahaja yang diingini tanpa sebarang diet. Tapi membayangkan I ni yang memang penakut ubat, jarum & doktor jadi menolak untuk melakukan insulin. Tapi yang kemudian-kemudian hari I tak pasti kalau boleh mengelak lagi dari insulin ni. In shaa ALLAH.

I rajin-rajin sikit buat review untuk menu orang diabetes. So far dari apa yang I kaji diet ni tidak kurang beratnya sebab kita kena monitor segala jenis pemakanan yang kita ambil dalam masa 1 hari. I decide untuk tolak nasi jauh tapi untuk air manis I hanya ambil air Yeos flavor original. Tapi setakat hari ni I tak seriously start lagi my diet. Hanya control sikit-sikit. Esok lusa baru nak start sb nak draft menu dulu. Later I attach dekat sini menu diet I untuk diabetic sepanjang kehamilan.

Kena ambil darah sekali sebab doktor nak tengok result gula 2 bulan sebelum

Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...