Skip to main content

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum,

#Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja.

Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula.

Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah.

Masa dalam bilik ni memang dah redho kena amik darah lagi sekali sebab sebelum ni dah review akan kena amik darah 2x kali untuk sesiapa yang terpaksa minum air gula. Bagi salam dekat nurse acah-acah mood baik & tutup rasa gemuruh. Dapat lagi sekali dengan Nurse Amirah yang baik lagi sopan. Berkurangan sikit level nebes. Agaknya sebab kali ni sedikit tenang jadi proses nak amik darah cepat. Lepas amik darah nurse suruh amik 1 gelas air gula & minum. 

Selawat banyak kali masa minum & baca doa makan. Sempat senyum dekat kakak yang next giliran dy nak kena minum air gula lepas dy selesai amik darah. Air gula yang dapat warna plain. Minum 1 teguk, rasa macam okay. Minum lagi banyak-banyak teguk konon nak laju-laju habis cepat tapi bila sampai dah nak habis tu. Ada rasa kurang menyenangkan sikit sebab rasa manis air gula tu dah sebati dalam mulut jadi rasa macam cannot go. Tapi paksa juga untuk minum + telan sebab nanti biar lama-lama lagi tak boleh minumkan. Jadi alang-alang dah hadap habiskan 1 teguk je lagi. 

Selesai minum nurse bagi tahu kena datang semula lepas 2 jam terus je masuk dalam bilik dy. Lagi 2 jam pukul 10.55am. Nurse pesan jangan makan/minum & kalau muntah sila beritahu. Tahan selagi boleh sebab kalau dah muntah nanti kena minum air gula lagi sekali. Bagi siapa yang sanggup nak minum lagi sekali silakan. I'oulss sangat tidak mampu & tidak mahu lagi sekali. Next kaunter 20 untuk check urine.

Kaunter 20 - Urine test & check kencing manis.

Check kencing manis ni nurse akan amik darah dekat jari. Nurse akan tembak jarum dekat jari pastu amik sample darah yang keluar. Nasib tak baik sebab I terkejut masa nurse tembak kali pertama jadi masa dy buat kali kedua dy tekan jarum tu kuat-kuat dekat jari. So memang azab rasa lagi sakit dari amik darah. Tapi sakit sekejap sahaja untuk 2min.Lepas amik urine sakit dah hilang.

Urine hari ni bagus & normal sebab hari sebelum bantai minum air mineral banyak-banyak bagi natural semua toksin dalam badan. Walaupun sebenarnya alah dengan air mineral. Setiap kali minum kalau tersalah cara minum mesti serang kepala & muntah. Kiranya masa pregnant ni air mineral totally tak boleh masuk banyak-banyak. Makan ubat pun dengan air sedap. Tapi untuk tiap kali kena check up slow-slow minum air mineral. Dapat 2 liter pun syukur alhamdulillah. Bagus juga elakkan minum minuman berkafein such as coffee, tea & nescafe sebab nanti urine kotor. Habis dekat sini nanti hantar buku pink dekat kaunter 29.

Kaunter 29, 30 & 31 - Hantar buku, timbang & check tekanan darah.

Letak buku pink atas meja dekat kaunter 29, nanti tunggu nombor naik untuk timbang & check tekanan darah. Kali ni timbang berat maintain lagi. Okay la dari naik nantikan. Dalam kepala ada juga terbayangkan berapa berat I masa nak deliver nanti. Takut naik sampai berkilo-kilo nanti payah nak turun. Tapi berazam nak diet masa dalam sesi berpantang nanti. Macam Kim K amalkan Diet Atkin's masa dy pantang. Kalau mampu nak ikut macam dy tapi in shaa ALLAH refer keadaan. 

Kali ni check tekanan darah agak tinggi 139/93. Mungkin sebab kena minum air gula pagi tadi. Masa tengah check tu pun kepala ada sedikit rasa pening & mual. Mual sebab terasa nak muntah sebab tak makan lagi. Kena tunggu 2 jam kemudian baru boleh makan sebab dalam timbang-tara ada kencing manis ke tidak. Jadi nurse bagitahu nanti kena jumpa doktor sebab tekanan darah tinggi sangat. Sementara nak tunggu giliran dengan nurse dekat bilik 27 kena tunggu baki 2 jam tadi untuk amik darah lagi sekali dekat kaunter 22 jam 1055am. 

Kaunter 22 - Ambil darah.

Lagi sekali tadah tangan untuk dicucuk amik darah. Ku relakan jiwa walau sebenarnya tak sanggup sebab kali ni dapat nurse lain. Nurse ni pun buat kerja macam laju sangat. Jadi terasa sedikit kesakitan disitu. Terasa juga masa dy cucuk jarum. Kalau Nurse Amirah yang buat kurang rasa sebab dy pun lafazkan "bismillah". Mungkin nurse ni cakap tapi dalam hati I tak dengar. Habis 2-2 belah tangan kena cucuk amik darah. Nurse pesan nanti tunggu nombor naik untuk jumpa nurse lain pula. Masa tu nombor I memang dah naik untuk jumpa nurse dekat bilik 27.

Bilik 27 - Jumpa nurse.

Dekat sini biasa nurse akan advise cara pemakanan. Apa yang kita perlu amalkan & elakkan sepanjang tempoh kita mengandung. Kali ni nurse bagi kita dengar heartbeat baby. Nurse pasang alat macam speaker kecil dekat perut untuk dengar. Baby I masa ni dekat posisi sebelah kiri sebab nurse letak alat tu dekat bahagian kiri perut. Best dapat dengar bunyi jantung dy rasa rindu. Nurse pesan nanti tunggu depan bilik doktor untuk doktor consult pasal tekanan darah tinggi. Bilik doktor ada 1 je iaitu bilik 23.

Bilik 23 - Consultation session.

Hari ni I dapat doktor baik siap gelak-gelak lagi ngn doktor kali ni. Nama doktor tak silap Dr.Irzawaty. Mesti kali ni patient-patient lain jeles tgk I gelak-gelak dengan doktor sebab doktor dorang stress je. Ada kakak meja sebelah ngadu dengan doktor beritahu dy sakit pinggang & dy tanya doktor boleh ke pergi urut. Sebelum tu memang I dengar doktor tanya "awak sakit pinggang macam mana". Lepas kakak tu ngadu doktor tu boleh mengeluarkan ayat "sebab tula saya tanya awak sakit macam mana". Rasanya doktor boleh tanya baik-baik lagi dengan susunan ayat yang lebih sedap telinga nak dengar. FYI, itulah doktor yang I dapat masa last session I check up last month yang straight forward nak hantar I pergi emergency tanpa explanation. 

Alhamdulillah kali ni dapat dengan doktor yang baik. Dy tanya soalan takde nak marah pun. Tanya kenapa bp naik nie adik. Betul siap panggil I adik lagi. I bagitahu "saya nebes sebab kena minum air gula". Doktor tu bantai gelak & dy bagi suggestion. "Kalau macam ni kt kena monitor bp awak, adik kena datang untuk check tekanan darah mulai esok & hari Jumaat datang jumpa doktor semula". I angguk kepala tanda faham tapi sebelum tu I tanya, "datang check darah dekat mana". Doktor kata dekat sini je. Dy bagi I list untuk monitor bp & benarkan I balik. 

Jadi hari Jumaat kena datang check bp & jumpa doktor. Asal pulang dari KK je mesti hari kurang senang sebab sejak pergi sana ada macam-macam masalah yang muncul. Masa dekat Columbia semua doktor cakap okay. So, misi kita untuk cari solution kurangkan tekanan darah tinggi. Tengok apakah petua yang ada & boleh diamalkan. Semoga next check up bp, bp akan turun & normal.






Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...