Skip to main content

PART 2 : EXPECTING (2ND PREGNANCY)

Assalamualaikum, 

Nak sambung 2nd chapter tapi asyik lupa sebab my condition sekarang really unexpected. Different sungguh masa mengandung Jibraill dulu. This time I consider melepet all the time. Nak buat apa semua macam x larat sebab bila pening, sakit kepala datang nak berdiri pun malas. Prefer lagi baring sebab if baring kurang pening so bolehlah layan movie/kdrama. Another thing yang different sangat adalah muka I dengan badan I naik banyak jerawat kecil-kecil. Jerawat dekat muka I ibarat kalau sapu rasa berpasir jatuh. I jarang tengok cermin sebab ada some area yang jerawat bernanah. Kalau sentiasa tengok nanti rasa annoyed so I avoid untuk tengok. Nasiblah I pun rabun walaupun rumah banyak cermin besar tapi I x nampak kalau x pakai spek. 

Lagi 1 morning sickness I jangan cakaplah. I pun suprise I mampu tanggung. I rasa kalau sekarang I masih kerja mesti hari-hari I MC sebab seriously lembik. Makan pun boleh tahan. Bukan semua menda I boleh makan. Tekak I memang memilih sangat tapi sebab I takut perut I lapar so I suap slow-slow sampai nasi I habis. Tapi kalau bukan nasi memang laju. Contoh, Subway or fastfood or anything except nasi. Kelakarnya I membayangkan dulu sesuatu lauk itu before I makan. Jadi masa bayangkan itu tekak I dh mula kembang. So, macam mana I nak makan. Tapi bila makan okay je kadang-kadang. Now, alhamdulillah semakin better I punya appetite. Boleh makan tapi jaga portion sebab kadang-kadang boleh jadi punca kepada muntah, pening or bad mood.

Today tiba-tiba terasa nak tulis blog sebab esok I 1st time ada check up dengan KK19. Lastly, decided nak check Klinik Kesihatan lepas banyak review sana-sini & tengok pengalaman org. Sebenarnya dulu pun masa Jibraill check up dekat KK19 cuma I pergi 2 tempat dekat Columbia Asia Seremban juga sebab that time ada partner Daddy cover kami punya bil. Kira under company cost jugalah. Tapi for this time I x larat nak pergi banyak-banyak tempat. Beside I rasa sama je prosedur dorg. Before check up KK19 I pergi private clinic still lama juga nak kena tunggu. So, better I pergi je klinik gomen. 

Sementara larat nanti kalau x larat I tukar semulalah check up dekat private. Tapi I belum ada plan lagi nak buat arrangement macam mana nanti. Either nak continue with klinik gomen sampai habis atau hujung-hujung nanti tukar ke private sebab as per discussion dengan MZI dy setuju untuk I bersalin private for our 2nd. Saja nak rasa pengalaman sebab yang 1st berasa bersalin Hospital Kerajaan. Not bad juga pengalaman & senang for me if anak ada condition yang tidak expected seperti jaundice boleh refer terus. Mereka jaga & monitor sampai habis.

Actually, I sibuk google prosedur 1st time check up KK tapi x jumpa 1 pun info. Macam orang seperti I yang prefer ada knowledge sikit before pergi mana-mana & buat apa-apa supaya kita x menggelabah later. I need that kind of info. So, esok after I done my 1st check up I akan update all here. Senang untuk orang lain refer later. 

Da ❗

Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...