Skip to main content

RESULT MGTT & REVIEW BSP

 Assalamualaikum, 

Finally after 2 weeks mengadap minggu yang sangat-sangat mendebarkan, I datang appointment KK untuk kali ke-3. Lepas register no. then tunggu nama panggil, dapat 2nd copy Buku Pink I terus semak bahagian untuk result MGTT. Malangnya tiada lampiran. 2 minggu tunggu buka sikit-sikit masanya. I start minum air gula itu hari 21/02/22 & now next appointment 07/03/22. Masuk dalam timbang, buat urine, follow up check up dengan nurse. 

Masa check up dengan nurse barulah nurse reveal result MGTT. I punyalah excited fikirkan lepas. Dapat-dapat kertas result I nampak ada remark "HIGH" dengan tulisan warna merah dekat lampiran depan. Nurse belek-belek belakang sekali result 11.03mmol/L after puasa minum air gula. Previous before minum 4.8mmol/L sahaja which is normal. 

Punahlah harapan sepanjang 2 minggu. Memang berangan-angan kalau result cantik bolehlah bersalin hospital pilihan hati. Tapi now kena prepare 2nd option untuk bersalin later. I susah hati sikit sb Hospital Shah Alam ramai orang. Nak kena tunggu turn untuk dapat katil & sepanjang sebelum dapat katil if sakit duduklah menahan sakit dekat atas kerusi. Sudahlah spouse x boleh teman/masuk. 

Next, I kena proceed BPS. BPS ujian check bacaan gula dalam darah sebanyak 4x sehari dengan gap 2 minggu sekali. Further details boleh google sb I malas betul nak tulis sebab memang spoiled mood I terus. I start buat BPS untuk hari itu juga & check up pada hari tersebut hanya berlangsung selama 30min sahaja. Check up KK bukan every time datang dapat jumpa Doc. Hanya selang sebulan. Contoh this month ada jumpa Doc. & next x ada just jumpa nurse.

Nurse minta I sambung BPS buat petang then 2x lagi esok paginya. Lepas selesai 2nd BSP esoknya kena datang semula ke KK untuk review dengan Doc. Sekejap sahaja review session. Datang register no. tunggu nama kemudian terus masuk bilik Doc. Dengarlah Doc. ceramah sikit-sikit beserta nasihat. Review dengan Doc. again I kena jumpa Dietician. Dietician punya sesi hari Jumaat. Kira untuk minggu ini sahaja 3x I kena datang KK. Memang terlebih rajin & aktif sangat untuk minggu tersebut sebab kena bangun pagi, bersiap kemudian keluar. 

Perkara paling-paling malas sekali untuk dilakukan since mengandung. Kalau boleh nak rehat tapi bukan tidur. Tidur lagi lemau badan. Beside I jarang juga tidur since pregnant. Adalah dalam 4/5x dalam duration 5 bulan ini. Lagi minat berjaga buat kerja simple-simple padahal malam I consider susah juga nak tidur. Selalu terjaga. Dulu asyik mimpi hantu tapi sekarang terjaga sebab bunyi.

Before end. My next BSP 21/03/22 & review esoknya.

Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...