Skip to main content

PART 1 : JOURNEY WITH PRINCESS DINDA (KONSEP SERAH DIRI)

 Assalamualaikum,

Sementara ada waktu-waktu lapang, nak share pengalaman & latest prosedur bersalin dekat Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS) untuk tahun 2022. I pun before last decide nak bersalin sini, merata info I google & Tiktok banyak bagi info. Sebelum pilih nak pergi sini, dalam list ada 2 pilihan, either sini or Hospital Putrajaya sebab Putrajaya lagi privasi even kerajaan & boleh pilih bilik 1st or 2nd class dengan bayaran bawah daripada RM2,000.00.

Baiklah, sebelum merepek panjang. Why I pilih untuk bersalin Goverment Hospital is because buku "PINK" I ada tagging kuning. Tagging kuning mean "HIGH RISK PATIENT" which I ada GDM, low HB & my baby kedudukan melintang since 30w until 36w. Ini later I story further.

My due is on Jumaat 29 July 2022 & until that day I masih belum bersalin. So, Rabu before was my last check up with Klinik Kesihatan (KK) & Nurse situ pun tegur I masih menghadirkan diri sebab belum ada tanda-tanda nak bersalin. Part ini I bersyukur sangat sebab masa I serah diri untuk deliver pun I masih belum rasa sakit apa-apa. Memang I doa untuk biarkan I sendiri serah diri ke hospital & jangan jadi apa-apa dekat I masa I seorang diri dekat rumah.

Khamis petang after lunch semua I gerak pergi hospital. Sempat kemas rumah & last minute check apa list-list yang patut diselesaikan. That morning last I jumpa #OppaJibraill & I siap bagitahu dy "Mommy nak pergi hospital & awak please doakan Mommy." Sayu juga nak tinggalkan dy & berjuang dalam "LABOUR ROOM" (LR) later. Tapi I simpan perasaan sedih tersebut takut terganggu emosi. 

Bolak-balik, bolak-balik I sampai HSAS dekat 3.30pm & daftar diri dekat PAC level 3. PAC bersebelahan dengan "EMERGENCY ROOM" (ER) HSAS. Dekat sini kaunter saringan & pemberitahuan segala details sebelum check-in. Nurse akan ambil tekanan darah & some urine test dekat strip. Tujuan untuk semak bacaan air ketuban.

After done this 2 test baru boleh masuk dalam bilik PAC. Kaunter saringan PAC tadi dekat luar. Dekat dalam ada prosedur untuk swap test COVID, check bukaan, buat CTG, cucuk branula (tempat jarum) & tukar kepada costume pink (baju hospital) before transfered dekat Restroom Area level 4 pula. Basically, dekat L4 ini sekali dengan LR. Penempatan sementara sebelum deliver baby. If lucky dapat katil or else rehat dekat kerusi tidur. Ada banyak & I consider myself lucky sebab after I selesai daftar I duduk dalam 10min dekat kerusi tersebut then dapat katil. Alhamdulillah sangat sebab 1st I memang penat pasal a night before kurang tidur. 

2nd I belum jamah nasi lagi untuk hari tersebut. I takut terberak masa beranak & seganlah nantikan. Itu I tahan diri from makan. My friend yang I jumpa dekat L4 situ semua concern I belum makan. I just makan roti I bawa bekal & coklat. Minum air masak. Tengok-tengok malam tersebut memang bukan my turn lagi untuk bersalin. Yakin that night belum time lagi I start kira jam nak tunggu breakfast esok paginya. Breakfast nasib baik awal around 7am. Seriously, memang I lapar sangat-sangat. After breakfast counting pula for lunch to be serve. 

Jumaat tersebut adalah my due tapi I masih belum ada tanda-tanda untuk bersalin cumanya I punya waterbeg pecah around 2.45am. Disebabkan itu untuk malam tersebut adalah dalam 5x rutin Nurse & Doctor panggil untuk check BP & buat CTG check dengupan jantung baby sampai antara kami ada yang decide untuk x tidur pasal takut Nurse/Doctor panggil x dengar. Tapi memang x boleh tidur pun sebabkan bilik kami sebelah dengan LR jadi asyik dengar orang mengerang kesakitan nak bersalin. 

Dekat HSAS kalau menjerit sakit x kena marah dengan Nurse/Doc. Beside mereka lagi encouraged untuk bagi semangat to push. Itu yang kami seriau dengar orang menjerit. Pagi punya routine Doc panggil I untuk check bukaan. Masa pecah air ketuban bukaan I dalam 3cm. Rutin check pagi naik ke 4cm. Doc tanya level sakit I from skala 0-10. Malam masa kami borak-borak ada yang bagi idea if Nurse/Doc tanya level sakit, letak je banyak-banyak. I cakap level sakit tahap 6. Then, tiba-tiba Doc offer I ubat tahan sakit (Pethidine) & bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Laju I cakap I nak pasal I memang mengantuk.

Since pecah air ketuban masa pukul 2am ++ I x boleh tidur. 1st pasal Doc panggil untuk buat CTG. CTG lama sangat ada dekat sejam & 2nd I lapar pasal semalamnya belum makan nasi. Masa Doc panggil untuk rutin check-up pagi nasib awal pagi. Ada around 6am. Lepas cucuk Pethidine I rehat dekat kerusi tidur dalam bilik check-up. Dapatlah lena dalam sejam before mereka kejut untuk sarapan pagi. Rasa fresh sangat lepas bangun & sarapan. 

Untuk seharian hari tersebut kami duduk tunggu turn untuk panggilan check-up & tengok kawan-kawan silih berganti keluar masuk dalam Restroom. Ada yang baru sampai tiba-tiba dapat call naik ward. Ada yang tiba-tiba nak bersalin. Basically, kalau sakit memang kena inform Nurse sebab mereka akan transfer kita ke bilik lain bagi memudahkan proses mereka untuk tolak ke LR later. 

Next . . .

Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...