Skip to main content

TERUK-TERUK

Hye-hye,

Sejak-sejak I sudah mula merasai tendangan baby ni, I notice yang I kerap rasa lapar yang tidak boleh dihalang. Contohnya macam pagi I dah melantak nasi seperti nasi goreng atau nasi lemak tapi tengahari masih juga mencari nasi sebagai hidangan untuk mengenyangkan perut yang berbunyi kriukk-kriukk. Kalau dulu boleh tahan lagi contoh kalau kelaparan time petang, boleh tahan sampai balik kerja & masak sesuatu yang lite sementara nak tunggu dinner.

Tapi sejak kelaparan memanjang ni after makan dinner, 2-3 hours selepas pun tetap rasa lapar lagi. Padahal tadi bantai makan nasi 2 pinggan tapi  masih kurang. Tapi terpaksa berhenti sebab perut senak. I rasa kalau perut I x senak maunya I balun lagi 1 pinggan. Minum air banyak pula tu sebab itulah perut rasa senak. Kalau minum air ais mesti lagi banyak I minum. Kena pula sebelumnya makan nasi panas-panas dengan pedasnya. Mesti kena masak pedas-pedas sebab itulah yang paling sedap ketika ini. Kalau makan nasi lauk yang kurang pedas, kurang menyengat.

Lapar yang macam kalau letak kayu & daun pun tetap makan.


Habit paling teruk lepas makan mesti rasa ngantuk nak tidur. Ini paling x boleh nak avoid. Terukkan perangai lepas makan nak tidur. Kekadang tahan mata sebab nak tengok cerita best dekat TV macam live Maharaja Lawak Mega (MLM) tapi non-hadonya, masih x mampu nak tahan terlelap juga. Banyak kali juga missed cerita best dekat TV tapi nasib baik boleh tengok ulangan on9. Jadi esoknya layan on9 walaupun kurang feel sebab tengok sehari lambat dari orang lain. Tapi bagi I yang penting sekarang ni tidur adalah lebih penting dari segalanya.

Bukan I yang tengok TV tapi TV yang tengok I tiap kali.

Tidur atas sofa adalah tempat yang paling best & selesa sekali sebab empuk, sejuk & position yang paling best sekali sebab tidur mengiring. Bukannya tidur atas kalil tu x best walaupun hubby tempahkan khas katil & tilam brand Natula yang special made dari sabut kelapa sawit yang kalau pasangan kita bergerak kita orang sebelah x terasa pun katil tu sebenarnya bergoyang. Tapi sofalah tempat yang current favorite place since I pregnant. I love my sofa bed & conquer sesorang kekadang kalau hubby pun ada dekat rumah.

Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...