Skip to main content

CLEANING PROCESS

Hye, 

Last week I & hubby decided nak buat pengubahsuaian barang-barang dalam rumah sebab nak dapatkan idea & aura baru untuk rumah. Jadi kami memulakan proses pembersihan & pembuangan barangan yang tidak sepatutnya dari hari Sabtu hingga Ahad. Tapi 2 hari seriously memang kurang untuk kemaskan 1 rumah plus dengan I yang cerewet bab-bab kemas almari baju. Nak kemas 1 almari kena ambil mood untuk imaging cara macam mana nak kemas & susun atur.

So hari Sabtu hubby mulakan dengan kemas bahagian semak-samuk depan rumah. Actually semak-samun yang ada tu bukan asalnya dari semak-samun pun tapi sebab tidak dijaga maka rumput & lalang naik merimbun dengan berjayanya. Past few month penah tanya dekat Mat Bangla yang memang buat kerja-kerja pembersihan berapa dy kira untuk bersih & tebas semak. Dy kata RM200, mak ai mahalnya macam siap nak deco untuk gardening sekali. So we both refused sebab terlalu mahal in fact boleh beli barangan lain untuk jumlah tersebut.

I pujuk hubby untuk mulakan sesi pembersihan sedikit demi sedikit janji siap 1 rumah. Walaupun mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Tapi memang lama pun sebab sampai harini bahagian atas rumah I still macam tongkang pecah sebab x tahu bahagian mana nak alocate barang-barang yang sedia ada banyak. Nak buang tapi macam sayang sebab last time I kemas rumah & almari banyak juga barang yang I buang especially baju. Tapi kali ni nak buang baju macam x ada sebab I pun dah kurang beli baju since last year.

Rasanya ada dalam 2 tahun kurang beli baju sebab dulu kononnya dalam misi nak turunkan berat badan. Nanti kalau berjaya, membazir baju plus size yang I beli. Now sebab I pregnant. Jadi nafsu untuk shopping memang turun dengan mendadaknya. Macam mana nafsu x turun sebab setiap kali I pergi shopping mall & berkenan dekat baju-baju yang ada, surely my size x ada, yang ada pun limited size. I ni size XXL pun x muat jadi x payahlah berangan nak pakai baju cantik-cantik size S , M & L yang cutting model display. So forget it.

Mission untuk kemas rumah bermula dengan peringkat-peringkat. Hubby handle bahagian bawah & I ambil bahagian atas rumah. Master bedroom so far I berjaya uruskan tapi bilik lain semua I kidnap hubby untuk tolong kemaskan. Keadaan tidak mengizinkan untuk I bekerja dengan keras jadi I terpaksa memohon bantuan hubby. Untuk bahagian bilik baby & second bedroom semua hubby settlekan. So far bilik baby ready untuk di repainting semula seperti idea yang I pilih.

Bilik #babyEme 2 tone cream + hazelnut.

Idea ada & hubby pun suka tapi tukang untuk cat belum ada lagi. Hari tu adik I janji nak tolong cat dengan upah 1 dinding RM50. Bagi I okay la harga dy tapi bila I pikir semula rasa macam nak cat je bahagian-bahagian dinding yang putih untuk menaikan seri, sebab alang-alang cat rumah. So I pun kira berapa jumlah dinding yang I nak cat totalkan semua. Tahu berapa jumlah semua ! Almost cecah RM500. Pengsan time nak bayar nanti. Tapi adik sendirikan boleh bayar ansuran kot, nanti I tanya hahahahaha.

Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...