Assalamualaikum,
Mood ada sedikit baik ini hari. Pagi tadi I check pasu bunga yang my hubby & Idreen tanam pokok cili sudah mula menampakkan hasil. Ada tunas-tunas comel yang sedang bekerja keras mencambahkan hasil pengeluaran. Mula-mula I x percaya pun method yang hubby guna untuk tanam pokok cili sebab dy hanya keringkan cili-cili yang dah membusuk. Selepas kering dy ramas semua cili-cili kering untuk mengasingkan biji cili & cili. Kemudian hubby campak dalam pasu yang ada tanah. Siram air & siap. Nampak macam senang & mudah.
Tapi cara hubby menjadi sebenarnya. Excited nak tengok pokok-pokok cili membesar. Nanti boleh pikirkan untuk tanam pokok lain. Penuh laman I lepas ni bila boleh tanam macam-macam jenis pokok. Terbayang-bayang macam-macam jenis pokok nanti such as pokok pandan, daun sup & daun kari. Nanti time cuti-cuti boleh mengadap & belai pokok-pokok yang ada. Tapi niat dalam hati sebenarnya teringin sangat nak tanam pokok bunga ros. Warna merah cantik mekar sekuntum-sekuntum. Pagi-pagi boleh petik hias dekat meja makan.
Comments
Post a Comment