Hola,
Nak bincangkan mengenai kerja & kerjaya daripada perspektif I sendiri yang telah hampir 5 tahun menjawat jawatan yang sama dari June 2010 hingga hari ini. Selama 5 tahun buat kerja yang sama I mula rasa bosan walaupun kerja I senang, relax & banyak masa terluang. Kadang-kadang boleh buat assignment atau study untuk final exam. Tapi bila hampir 5 tahun mengadap benda yang sama I rasa kerja I kurang mencabar walaupun I jenis jarang explore benda baru & hanya patuh kepada arahan.
Selama 5 tahun I jawat position yang sama adalah kerana I masih study part time sejak December 2010 iaitu hampir 4 tahun yang lepas. Bukan tesekat dengan study tapi memikirkan mungkin nanti if I tukar kerja tempat baru, environment lain, dunia baru & rakan sejawat yang baru. Mungkin ada perkara yang I biasa buat tapi tidak biasa diamalkan di tempat baru. Jadi I pikir stay dulu dekat sini sampai habis study memandangkan study I hanya berbaki 2 semester, in shaa ALLAH.
Kerja yang I lakukan sekarang ni pun sebenarnya jauh dari scope yang I belajar masa diploma dulu. Kawan-kawan I semua buat kerja bersesuaian dengan diploma yang dimiliki tapi hanya I sorang je yang macam tersimpang jauh sikit. Perkara pertama yang I lakukan masa I pilih kerja dahulu I pilih gaji & private sector. Mungkin pada masa itu wang adalah penting bagi I sebab hobi I yang suka shopping online & kumpul duit sikit.
Perasaan ralat memang ada bila lihat rakan-rakan yang lain berjaya dengan kerjaya masing-masing sebagai setiausaha sedangkan I masih di takok yang sama.
Better education better position & bright future.

Comments
Post a Comment