Skip to main content

PART 1 MYDIN USJ

Hello,

Rasanya masuk 2 bulan I & hubby x keluar beli barang dapur. Just beli yang sikit-sikit bila habis sebab recently hubby agak busy dengan ker-kerja harian. Nak keluar malam letih & weekend we both spend untuk rehat sepenuhnya sambil buat perkara-perkara santai macam praktis memasak yang memang hobby hubby. Last time I kena paksa korek 3kg kerang sebab hubby nak buat rendang kerang Nismilan. Mengadap la I kopek kerang dalam sinki sambil curi-curi, lari-lari tengok tv sebab lenguh kaki berdiri lama. 

Lepas Asar, last Saturday kami pilih nak pergi Mydin untuk topup barangan yang habis plus usha-usha barangan baby yang ada jual dekat Mydin sebab my friend told me barang baby dekat Mydin murah. Hubby pula nak beli barang electric untuk gantikan barangan lama yang rosak. Misi utama I nak pergi Mydin sebab nak beli cadar + comforter sebenarnya sebab nak gantikan cadar yang lama, berkesesuaian dengan warna tema bilik lepas susun atur perabot. I decided our master bedroom going to be fully warna green + brown & second bedroom warna purple + white. 

Usha-usha cadar + comforter semuanya mahal-mahal. Maybe sebab nak CNY so barang-barang keperluan rumah semua naik harga. At last I beli cadar sahaja 2 set brown & purple both RM43.80. Katanya itu harga selepas promo & sebelum promo RM100 ++ normally. Berkenan dalam hati punya pasal I grab both untuk each room. Nanti orang datang pun selesa bilik cantik, kemas & sedap mata memandang. Lagipun second bedroom nanti I nak buat as bilik study I. Hubby dah setting siap-siap letak meja study & cabinet buku untuk bilik tu.

Habis pusing tingkat atas Mydin & hubby pun selesai cari barang-barang dy we both turun bahagian bawah. Niat asal memang nak cari keperluan yang penting-penting macam topup barang mandian, pewangi rumah (yang ini memang wajib bagi I sebab I suka keadaan rumah yang bau wangi), alang-alang beli I beli sekali barangan lain macam liquid Dynamo untuk basuh baju tapi yang paling banyak sekali I grab adalah makanan.

Sampai ke cashier untuk bayar, beratur punya lama padahal depan I ada sorang kakak je dengan trolly dy tapi punya lama giler nak habiskan punch untuk 1 trolley sahaja sampai I tengok husband kakak tu pun x puas hati kenapa sampai lama sangat Mat Pakistan ni kira barang. 2-3 kali husband kakak tu datang ke counter check wife dy dah letak semua barang atas counter cashier ke belum. Padahal kakak tu dah settle semua atas counter cuma Mat Pakistan tu je agak kelembutan disitu sebab semua barang dy masuk dalam plastic kecil & semua jadi renyah.

Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...