Skip to main content

FINALLY

Hi,

Hari Isnin minggu baru & minggu depan gaji. Lepas penat Sabtu & Ahad ke klinik untuk check tekanan darah & so far tekanan darah I bagus untuk kedua-dua hari berkenaan. Hari Isnin jumpa nurse lagi untuk check tekanan darah hari ke-4. Prosedur lain macam biasa macam check urine, timbang & bp. Hari Sabtu lepas masa timbang berat I naik sekilo dari biasa & mungkin sebab terkejut berat naik banyak. Timbang hari ni berat turun 2kg. 

Nurse tak complaint maknanya okay. Mungkin sebab terlalu risau keadaan bp yang kurang memuaskan menjadi faktor berat turun. Alhamdulillah bp kali ni pun okay jadi consequences untuk cop I kena darah tinggi terbang jauh meninggalkan I. Bagus kalau doktor sendiri declare kita tidak menghidap darah tinggi sebab kalau ada darah tinggi masa mengandung adalah sangat tidak bagus. Banyak faktor-faktor kemudian hari seperti bayi terpaksa dilahirkan awal dalam minggu ke-36.

Selain itu penyumbang kepada faktor kematian ibu yang melahirkan atau bayi yang dikandungkan. Kalau keadaan ini terjadi doktor akan mengambil keputusan untuk menyelamatkan si ibu jika terpaksa memilih antara ibu & anak. Ataupun kejadian seperti ibu diserang sawan ketika minggu akhir-akhir sebelum melahirkan. Jadi I opkos rasa teruk kalau keadaan ini berlaku. Tapi takdir ALLAH kita sebagai manusia tidak boleh melawan. 

Sejak akhir-akhir ini memang I terlalu memikirkan perkara-perkara -ve tapi tak discuss dengan hubby sebab hubby jenis seorang yang hanya menerima pendapat yang strong dengan bukti. Hubby pun selalu pikir perkara yang +ve sahaja. Jadi better I diamkan diri dari bertelagah dengan hubby. Apa yang I baca I hadam sorang-sorang sambil minta nasihat & pendapat orang lain.

Bila doktor sudah confirm yang I bebas darah tinggi memang rasa nak melompat tinggi. Akhirnya I tidak mempunyai penyakit tersebut & in shaa ALLAH akan kekal sehingga akhirnya. I akan tetap amalkan pemakanan yang sihat & betullah orang kata masa kita mengandung kena berkorban sedikit. Tapi sebab I banyak kali langgar pantang & main redah sesuka hati ikut sedap rasa je maka apa yang I dapat sekarang effect sebab aktiviti suka redah.

Tapi next time kena careful. Untuk menjaga tekanan darah dari naik lagi, apa yang I baca orang ramai amalkan minum fresh orange tanpa gula. Salah satunya adalah brand Marigold. Sebelum I check up bp lepas-lepas memang I amalkan & alhamdulillah berkesan bagi I. Ada beberapa lagi petua lain yang boleh dicuba antaranya minum air asam jawa & elakkan makanan segera "fast food" seperti KFC, McD, pizza & etc. Demi sihat untuk diri sendiri & bayi dalam kandungan kali ni kena tegas.

Happy macam nak celebrate

Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...