Skip to main content

PART 1 HARI YANG DINANTI

Hello,

#Throwback, masih lagi. Jadi hari ini adalah hari sepatutnya I ada appointment dengan Klinik Kerajaan. Semangat pagi, bangun solat Subuh & usai Subuh bersiap untuk pergi KK.Sec.19. Bersiap ala kadar je tapi yang penting pakai baju kurung, nanti kalau ada aktiviti buat urine test senang dalam toilet takde berbelit-belit. Sampai sana dalam pukul 7 lebih tapi terkejut tengok ramainya orang. Ada yang bawa baby untuk check up, patient yang datang untuk sakit lain-lain tapi paling ramai mestilah ibu mengandung. Sampai ada yang berdiri dekat luar sebab kerusi semua dah penuh. I register nama dekat kaunter bagi tahu first time datang & nak buka buku pink. 

Nurse bagi I buku pink untuk fill up ada 2 buah buku yang sama. Kena isi 2-2 & rupa-rupanya 1 buku salinan untuk kita & 1 lagi untuk simpanan pihak klinik. Selesai I isi 2-2 I hantar kembali buku dekat kaunter & nurse presskan nombor giliran & bagi. Masa I dapat tu nombor I dah banyak jugak tapi tunggu jela. Beside baru first time tak tahu lagi environment & senario macam mana. Tunggu dalam 1/2 hour nombor naik memula pergi kaunter 30. 

Kaunter 30 - Untuk ambil berat & timbang.

Current weight hari berkenaan 85kg. Maintain as last time check up dekat Doc.Pang. Gemuk sangatkan sebab I managed to gain my weight after married about 25kg in 2 years. Bayangkan ehh...jangan bayangkanlah. Nanti lepas deliver kita plan macam mana nak turunkan berat kalau Allah izinkan. Sebab sebelum ni penah pg fitness center tapi berjaya turunkan dalam 3kg je itupun sebab banyak kali skip. Tapi sebenarnya masa first time dapat tahu pregnant dekat Doc.Pang dorang timbang berat 87kg. Jadi dah turun sikitkan dari mula-mula timbang. Lepas timbang 10min kemudian nombor naik lagi kaunter 30.

Kaunter 30 - Interview session with nurse for first time booking.

Masa ni nurse intern Kolej Inpens nama Jamaludin tak silap yang interview I tapi ada sekali supervisor yang advise cara-cara. Nurse intern ni agak terkial-kial juga sebab semua benda dy tak tahu. Kejap-kejap refer supervisor dy. Tapi budak baru belajarkan jadi layan je la. Dy ada explain sikit-sikit pasal first trimester & breastfeeding. Part ni I agak bosan sebab I banyak google pasal ni. Jadi serba-sedikit I dah tahu. So kirenya dapat double ilmu sebab I dah bace & nurse intern ni explain. Time ni blood pressure I sangat normal 120/60. Nurse juga ada tanya bila last time period untuk determine due date delivery tapi malangkan I tak ingat. Dy ada juga tanya macam mana Doc. Pang estimate I punya due & I cakap tgk dalam scan. Habis session dengan nurse intern dy minta I pergi kaunter 22.

Kaunter 22 - Ambil darah.

What...amik darah ! Masya-ALLAH I mmg la penakut amik darah. Masa last time jumpa Doc.Pang pun I berdolak-dalih lagi dengan dy sebab takutnya pasal. Tapi kali ni mmg tak boleh nak lari. Nasib baik nurse yang bakal amik darah tu sangat sweet name dy Amira. Orangnya pun comel je. Cara dy amik pun proper & tak sakit. Lembut siap bacakan "bismillah". Dari gemuruh bertukar jadi kurang gementar. Nurse pesan lepas amik darah pergi kaunter 20.

Kaunter 20 - Check urine.

Nasib la dapat tandas KK.Sec.19 ni macam tu. Ade ke pakai gayung lepastu toilet yang ready ada 2 je. Line punya la panjang lepas tu dalam tandas takde toilet. Part ni mmg I kurang berkenan sangat. Tak selesakan macam tu. Bagi urine pun sedang-sedang je sebab takde mood tandas macam tu. Siap bg urine hantar buku dekat kaunter 29.

Kaunter 29 - Jumpa nurse.

Tunggu nombor naik untuk tentukan masuk bilik 26/27 dalam setiap bilik ni ada 3 orang nurse incharge. Memang crowded sikit sebab sempit & ramai. Nurse akan tanya lagi last time period betul ke tak ingat. Masa tu I cuba bilang-bilang kebelakang due yang Doc.Pang bagi tapi malangnya I salah sebut dekat nurse, dari 26/7 jadi 26/6. Sebut July & June boleh terkonpis plak. Jadinya masa tu nurse kire I dah preggy almost 16 weeks. Sebenarnya I tak perasan I dah salah sebut between June & July. Nurse pun tak tanya banyak kali sebab lepastu dy nak check perut. I ingat dy nak check perut pakai scanner tapi rupanya pakai tangan dy main tekan-tekan. Time ni I geli hati tapi takde la gelak kat mulut kang kecik plak hati nurse tu. Nurse bagi ubat & cakap I kena jumpa doktor + next time datang kena minum air gula sebab berat melebihi 80kg masa booking.

Air gula tak penah rasa & tak pernah minum. Kenapa la tergemuk pulak masa prengnant. Sebenarnya I ada plan nak buat diet Atkin's lepas raya tapi asyik tertunda walaupun barang semua dah beli. Rupanya ALLAH tak kasi I buat pasal I pregnant tapi I tak tahu lagi. Dengan relanya I angguk la masa nurse kate kena minum air gula tu walaupun tak rela sebenarnya. Nasib la next appointment untuk minum gula tu sebulan lagi. Nurse suruh I pergi lunch dulu sebab masa dy hantar buku I dekat doktor dah terlampau ramai sangat orang tunggu turn. Jadi dy pesan makan dulu nnt jam 2 ptg datang balik tunggu depan bilik 23.

Bilik 23 - Consultation dengan doktor.

Owhh...doktor dy sangat la tidak friendly. Doktor yang scan pun sama. I sangat letih haritu, datang balik pukul 2pm & tunggu nombor 3.30pm baru sampai turn. Lepastu dapat doktor plak yang lurus je takde bengkang-bengkong, paham la dy kena face ramai patient hari ni tapi kenapa 2 orang doktor yang lain tu friendly sangat siap gelak-gelak lagi. FYI, bilik doktor ni pun ada 3 orang doktor duduk meja sebelah-sebelah. Cuma extra ada sorang doktor in charge bahagian scanning. Total 4 orang 1 bilik. Jeles tau tgk kakak-kakak meja sebelah sebab doktor dorg so nice & tanya baik-baik je.


Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...