Skip to main content

BISMILLAH

Hi,

Setelah sekian lama, nak buat blog baru dan melupakan semua kisah hidup yang lama dengan blog lama, akhirnya blog ni terhasil juga. FYI, blog lama tu sudah selamat pun di semadikan (delete) sebab macam dah serabut & semak.Walaupun sebenarnya macam malas sangat nak menulis blog dah. Tapi bila pikir-pikir balik macam sayang juga lalui hari-hari yang menarik ataupun kekadang buruk tapi tidak di abadikan. Sebab sebenarnya benda tu semua boleh jadi kenangan. 

Tak kisah, kenangan untuk sesiapa pun atau mungkin generasi akan datang yang nak baca ceritera menarik nenek dan moyang mereka. Ataupun paling tidak boleh jadi pengajaran atau untuk seseorang belajar dari apa yang kita penah lalui. Sekurang-kurangnya dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama kita penah buat.

Yela, nak tulis dalam diary malas sangat nak menuliskan. Lagi pun hidup tak akan asyik nak menulis je. Dari kerja dekat office, assignment class, list nak beli barang dapur, perkara-perkara remeh-temeh dalam hidup & nak mengadap diary lagi. Honestly, I am so lazy for that.

I tahu apa yang u'olls pikirkan. "Malasnya perempuan ni." Benda senang je pun nak menulis tu. Guna pen, capai buku & mula menulis. No...no...u'olls lain sebab I ni manusia yang paling pantang pada benda yang tak cantik. Memang la menulis tu senang macam u'olls cakap. Grab buku, pen & start writing but try imaging bila 1 perkataan mula salah. Start la kan buat mcm nie skjdfj lepas tu jadi buruk. Bila dah buruk, korang koyakkan 1 muka surat & start again.

Muka I yang chumel macam ni takkan nak kate I malas kot

Sama ke cerita tu akan jadi. Lama-lama malas dah & bila dh malas nak buka diary menulis pun mood memanjang je non-hado. So that's it. Tulis dalam blog lagi senang. Bape juta kali nak edit pun lantak p hang la. Dah lepas seminggu published pun lepas tu baru detect salah. Boleh betulkan lagi. Kan ?

Permulaan baru, cerita baru, gaya baru & in shaa Allah penulisan yang mungkin sedikit baik daripada yang dulu. Tak nak dah buat cara fancy-fancy yang serabut & semak sangat tu sebenarnya. Al-maklum la dulu tu terlebih rajin & banyak pulak masa nak membuang masa dengan perkara-perkara merepek sangat ni.

Sesetengah perkara mungkin boleh jadi rujukan untuk sesiapa yang mencari ilmu tambahan. Macam yang biasa I buat. Google blog, blogger lain untuk dapatkan lebih info. Kadang-kadang sesuatu perkara itu kita tak pernah alami lagi, mungkin sesuatu tempat yang tak pernah pergi atau mencari sesuatu. Itulah sebenarnya function pengalaman orang lain yang tertulis dalam blog. Share pengalaman sesuatu yang berguna.


Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...