Skip to main content

TERKINCIT

Hello,

Sebenarnya keliru nak mula mana 1 & nak pilih yang mana nak buat dulu. Terlalu banyak sangat & rasanya masa macam sekejap sangat dah sampai hujung. Macam semalam je baru mulakan. Esok lusa dah nak habis dah tapi kerjanya 1 pun x settle lagi. Weekend ni ada 2 kerja nak kena hantar & 1 lagi kerja kene siap on the dot.

Al-kisahnya nak bercerita mengenai assignment kelas yang menimbun. I rasa this semester punya time management & arrangement totally out. List memang x buat langsung & normally akan  main hentam kromo sahaja. Ikut mana yang dan nak siapkan dulu & kebanyakkan tutorial dalam iClass meniru siapa yang hantar cepat especially subject Account Management.

Mungkin atau xde kemungkinan lain sebenarnya tapi semester ni I dikira malas sangat nak buat kerja even kekadang nak pergi kelas pun I cukup malas. Sem ni I masih ambil 2 sesi untuk PJJ UiTM & mengekalkan pengambilan 5 subject. Kalau ikutkan I masih ada baki lagi 2 semester untuk tahun 2015. In shaa ALLAH jika ALLAH perkenankan I bercadang nak habiskan semua.

Tapi itu hanya rancangan I & rancangan ALLAH, I x pasti macam mana perjalanannya. Jika boleh I memang nak habiskan dalam tahun hadapan juga sebab nanti senang. I tinggalkan my baby sampai umur dy paling kurang 8 bulan. Masa tu dy xde kenal sesiapa lagi & mudah untuk diuruskan. Nanti kalau dy dah besar pun I tinggalkan kesian pula dekat dy.

Untuk masa hadapan I terpikir untuk menangguhkan pengambilan Master & PhD & mungkin I akan start with something new. Last weekend my sister cadangkan untuk start on9 bisnes untuk generate extra income. Well that is a good idea. Kemungkinan nanti I akan jadi full time housewife & selain buat kerja rumah, blogging & jaga my baby, I boleh focusing on business.

But we don't discuss further about this idea & still searching on what industry we want to explore. FYI, I dah lama tinggalkan my part time hobby, photography sebab kurang client & my business management x cukup kuat & bagus. In shaa ALLAH, my hubby ada issue this matter recently & he said dy akan ambil untuk kembangkan lagi project SOUL '&' ELEGANCE PHOTOGRAPHY soon.

Banyak pula I melalut kelaut, asalnya nak cerita pasal assignment, test & exercise yang dalam list tengah berderet untuk dipaksa siapkan seperti :

MALAYSIAN ECO
Jurnal Review

URBAN SOCIOLOGY
Article Review
Group Assignment

CTU TITAS
Revision of 3 Set from Past Year

ACCOUNT MANAGEMENT
Assignment 2
Test 2

APPLIED RESEARCH 
VIVA Schedule & Research
SPSS Exercise

Buat list dekat sini tapi effort untuk siapkan xde lagi dalam plan harini. Semalam sebelum tidur I plan nak siapkan assignment untuk Acc.Management dulu & study a bit untuk test this coming Sunday. But we'll see how it goes today kerana at this moment 09.59am I masih membebel menaip dekat blog ni. Type this entry & pukul berapa nak start buka assignment, itu I kurang kepastian & wallahualam.

Mampukah I marathon untuk siapkan semua

Kita tengok petang nanti ada entry untuk assignment yang dah siap atau tidak & kalau xde itu maknanya harini adalah hari bermalas-malas lagi I di office selain untuk menyiapkan assignment yang ada atau I mungkin akan tengok movie on9 sahaja. Nasihat untuk baby dalam perut mommy, "Baby, please encourage mommy untuk study more sayang sebab mommy nak pandai & surely baby pun nak jadi pandaikan because I've decide what you going to be when you grow up soon" (hehehe)


Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...