Sambungan...
Drove kereta dengan lajunya untuk sampai office cepat. Naik surau untuk solat niat asalnya tapi I bawak jugak 1 paket UPT yang biasa tu. Niat mmg tak mengharap sangat line yang kebiasaannya 1 bertukar kepada 2 line. Tapi alang-alang dah belikan, lepas tu kan beli siap 2 skali, apa salahnya try. Dengan muka takde perasaan macam dah tau result -ve I buat test. Lepas buat check pastu cakap "ha kan dah cakap sure -ve punye." Jadi I letak la kat tepi sebab nak amik wudhuk. Lepas siap I patah balik nak buang UPT tadi. Lepastu...
Result yang appear lepas seminit ditinggalkan
Bila je nampak result yang keluar mcm ni, reaction memula I adalah menagis. Menagis semahu-mahunya sebab I menangis I pun confius kenapa I nangis masa tu. Dalam kepala mmg bercelaru, risau, takut & tak tahu nak buat apa. I capai telefon & call hubby bagitahu result UPT I 5 minit lepas adalah +ve. Dalam tangis tu I bagi tahu hubby. I nangis bnyk sangat sambil cuba nak cakap & terangkan. Hubby baru usai solat Jumaat masa tu. Sepatah je keluar dari mulut dy "alhamdulillah."
I bagitahu hubby suruh hubby buat appointment dengan doktor Gynea yang I selalu check up every month, Doc.Pang dekat Columbia Hospital Seremban. Sebenarnya pregnancy kali ni mmg sangat tidak dirancang sebab itulah I sedikit terkejut dengan result yang I dapat. Rezeki Allah untuk I selepas sekian kali. Dulu masa tahun 2013 I penah keguguran. Masa tu mmg tak tahu langsung yang I pregnant. Keguguran berlaku masa usia kandungan 5 minggu. Sedih sebab perkara berlaku tanpa sedar & kesalahan mmg salah I sebab terlalu banyak sangat buat benda berat.
In shaa Allah kandungan kali ni I dengan hubby lebih ready & lebih prepared. I tolak dekat hubby semua kerja rumah & tak sentuh langsung semua rutin yang I biasa buat. Kesian juga dekat hubby kena ambil alih kerja rumah. Tapi kami tak nak perkara lama berulang kembali & hubby pun ikhlas nak membantu. Cuma dy kata dy akan buat cara dy & ikut kesesuaian masa dy. Hubby kan kerja tak tentu masa jadi ada masa terluang masa tu lah baru dy lakukan semua kerja.
So, esoknya Sabtu appointment dengan Doc.Pang, disebabkan gatal juga nak confirmkan pregnancy dekat Columbia Seremban. Makanya kami terpaksa bertolak awal pagi. Usai solat Subuh bersiap semua & mulakan perjalanan. Walaupun jarak hanya 45min yang kadang-kadang tak terasa pun jarak jauh tu sebab selalu sangat turun Seramban masa dating dulu-duluan tapi hari tu hubby bawak kereta sangatlah slow macam 20 kilometer per hour ataupun perasaan I je yang macam tu I pun musykil. Sampai sharp 8am. Register & amik number. Nurse bagitahu turn I jumpa doktor around 11am so dy advise I & hubby pergi sarapan dulu.
Baguskan private ni bagitahu turn kt pukul berapa & boleh dtg balik sekian-sekian time, takde la macam dekat Klinik Kerajaan terconggok la tunggu nombor naik. (Why I mention gomen klinik nnt I cerita dekat latest post). Tempat nak breakfast pun dekat je 1min belakang hospital & boleh jalan kaki pun. Pagi tu I tak selera sangat makan tapi sebab takut lapar I order roti canai garing & hubby pilih nasi lemak. Macam biasa makanan hubby akan lagi sedap daripada apa yg I order. So I suruh hubby suap nasi lemak dy selang-seli dengan roti canai. (Ini la rupa orang yang memula takde selera tapi sebab kedengkian terhadap hubby meluap-luap sanggup share dengan hubby). Well, that's me.
Habis breakfast, lepak-lepak sekejap tunggu pukul 10.50am & we both berjalan kaki masuk hospital balik & pukul 11am masuk jumpa doktor. Doc.Pang officially sahkan I pregnant 5 weeks. Also condition baby semua okay. Alhamdulillah kali ni kami berdua tak bermimpi dan dalam 8 bulan akan datang kami akan jadi parents for unknown baby gender lagi. Doktor bekalkan ubat sebagai vitamin supplement utk I & kandungan.
Gambar scan hari berkenan
Doktor set second appointment lagi 2 weeks untuk dengar heartbeat baby. Doktor pun ada bagi options untuk sambung appointment dengan klinik government. Time tu we decided nak continue je check up dengan Doc.Pang sebab senang record semua mmg ada dengan dy jd if ada pape masalah dah ada dalam record.
Hari tersebut berakhir dengan perasaan yang sangat happy dan bermulalah history baru, alahan, tak lalu makan, pening, muntah & mual segala bagai datang sekali.
Comments
Post a Comment