Morning,
Baru nak bergumbira sebab dah bebas dari penyakit darah tinggi semasa mengandung & bebas dari permasalahan lain tapi dapat pulak call dari KK.Sec.19. Tiba-tiba kena kencing manis pula sebab result selepas minum air gula haritu tinggi 10.3. Nurse kata kemungkinan kena kencing manis semasa mengandung di peringkat awal. Kali ni agak pasrah walaupun memula kepala rasa stress semacam.
Makanya nurse suruh datang klinik untuk buat Blood Sugar Profile (BSP). BSP ni prosedur amik darah dekat hujung jari tapi kena ulang sebanyak 4x dalam masa 1 hari. Malam sebelum nak amik darah kena puasa macam biasa. Last makan pukul 10pm. Pagi keesokkannya start cucuk yang pertama. Rasa cucuk ni takde sakit sangat tapi ikut level bape yang nurse pakai untuk kedalaman jarum.
Gambar google
Prosedur BSP
Hari sebelum 10pm last makan & start puasa.
8.30am : Cucuk yang pertama
(Lepas cucuk boleh breakfast 1/2 jam selepas itu start puasa semula)
11.00am : Cucuk yang kedua
(Sudah cucuk boleh makan ringan-ringan 1/2 jam selepas itu start puasa semula)
2.00pm : Cucuk yang ketiga
(Selesai cucuk boleh makan lunch tapi untuk yang ni last makan 6pm & start puasa untuk malam)
8.00pm : Cucuk yang keempat
(Ini yang last & lepas tu boleh qado' balik makan pagi, tengahari & petang yang kena puasa tadi)
Untuk puasa masa buat BSP ni malam sebelum I makan Subway tapi masa lunch I bantai makan nasi beriyani ayam, bos lama belanja sebab dy datang opis buat training. Kawan I pesan jangan makan heavy tapi sebab tak tertahan godaan yang ada I makan jugak. Yela takut mengidamkan kesian pula baby nanti sebab benda dah ada depan mata, taknak makan.
Sebabnya siang dah melahap, malam I sedar diri jadi I amik Subway je dengan air mineral. Seharian haritu memang minum air mineral je tapi takde la banyak sangat kang jadi kembung pula. Jadi untuk keesokan result yang keluar nasib baik normal.
PRE-BREAKFAST : 5.0
PRE-LUNCH : 6.0
PRE-DINNER : 5.0
Ini pun ada juga yang I curi-curi makan sebab mana nak lalu kena makan nasi lauk peria yang pahit tu. Petua untuk orang kena diabetes ni kena kurangkan pengambilan nasi sebab dalam nasi pun ada gula yang tersembunyi terutama kanji dan pengambilan peria pula untuk potong gula yang berlebihan dalam badan semasa pengambilan.
Menu semasa BSP
08.30 am
Mee goreng 1/2 cup + Keutiow 1/2 cup & Apple Juice (without sugar)
11.30 am
Apple hijau + Goreng pisang 2 ketul + Keropok lekor 4 batang & air mineral
02.30 pm
Roti krim + Air yogurt original 1 kotak
Sebenarnya menu-menu dekat atas ni agak tidak digalakkan sebab lain antibody & hormon seseorang lain result yang akan keluar untuk bacaan BSP. Apa yang I makan ni kira percubaan berani juga & apa-apa possibility adalah ditanggung sendiri. Risau tetap ada tapi alhamdulillah semuanya terkawal. Esoknya adalah hari jumpa doktor. Dengar doktor review apa.
Menu semasa BSP
08.30 am
Mee goreng 1/2 cup + Keutiow 1/2 cup & Apple Juice (without sugar)
11.30 am
Apple hijau + Goreng pisang 2 ketul + Keropok lekor 4 batang & air mineral
02.30 pm
Roti krim + Air yogurt original 1 kotak
Sebenarnya menu-menu dekat atas ni agak tidak digalakkan sebab lain antibody & hormon seseorang lain result yang akan keluar untuk bacaan BSP. Apa yang I makan ni kira percubaan berani juga & apa-apa possibility adalah ditanggung sendiri. Risau tetap ada tapi alhamdulillah semuanya terkawal. Esoknya adalah hari jumpa doktor. Dengar doktor review apa.
Comments
Post a Comment