Skip to main content

SECOND APPOITNMENT

Hi,

#Throwback kejadian. Harini Sabtu 13/09/2014, second appointment dengan Doc.Pang. Tapi harini lemau sangat sebab dah lama tak rasa makanan betul-betul. Banyak yang makan dimuntahkan kembali & kekadang takut nak makan sebab takut muntah. Nafsu makan tu mmg selalu ada & selalu request hubby untuk masakkan makanan yang terlintas nak makan. Tapi keutamaan masa tu suka sangat makan seafood. Paling feveret adalah udang masak sambal hubby style. Sedap sangat sampai boleh ratah je udang tak payah tambah nasi. 

Tapi effect selepasnya adalah gatal. Hari pertama tak perasaan gatal tu sebab makan udang. Gatal dy macam tak boleh berhenti even 1 second pun, asyik dok nak menggaru je. Hari kedua minta hubby buatkan udang masak lemak tempoyak. Okay la untuk 1 attempt hubby. Lepas makan rehat jap pastu mula la aktiviti menggaru. Inform ibu pasal gatal-gatal tu & ibu suggestkan letak kapur sireh + garam. Cubalah apply alhamdulillah berkesan. Lepastu dah pandai dah, pantang ada gatal sikit habis semua tempat sapu kapur + garam tu.

Cerita pasal appointment harini Doc.Pang boleh ada ramai patient plak. Al-maklum la pergi hari Sabtu kan jadinya kena la bersabar sikit. Permulaan sekali kita akan deal dengan nurse.

1. First check urine

Sebenarnya aktiviti check urine ni adalah aktiviti yang paling tidak digemari sebab ala remeh la nak buat benda ni. Selalu kalau kt pee akan pee terus je. Ini kali kena tadah & ini adalah aktiviti wajib sepanjang pregnancy yea. Please noted untuk yang baru-baru. Lain-lain macam biasa.

2. Berat

Settle urine nurse akan timbang berat. Setiap kali check berat, berat I akan berkurangan 1kg disebabkan alahan makanan, muntah & mual. Tapi doktor tak marah pun sebab dy pun pahamkan. Morning sickness untuk first 3 months pregnancy. Ada orang yang sampai 9 bulan mengandung pun masih lagi mabuk-mabuk tahap tak boleh bangun & melepet je terbaring. Alhamdulillah I kuar sikit dari dorg, masih boleh pergi kerja & makan dekat luar.

3. Session with doctor

Ini amik masa sikit sebab ada masa cepat but ada masa kena spent time lama sikit untuk tunggu nama. Tapi takpe sebab kat Columbia selesa. Nurse pun akan cari kita kalau kita duduk dekat jauh sikit dari bilik doktor & takde nak marah-marah kalau kita lambat. Just inform je tadi kita pergi mana.

Masa ini adalah masa yang sangat ditunggu-tunggu. Sebab last 2 weeks doktor janji nak dengar heartbeat baby hari ni. So yes harini dapat dengar heartbeat baby 170psm. Laju sangat & ini punya 84psm je. Ini ada la google sebelum ni. Kalau heartbeat baby lagi laju dari mommy dy means baby tu baby girl. I dah siap nama panggilan pun untuk baby tu. I called her Naurah. Every morning massage perut & baby dalam tummy I panggil...

"Assalamualaikum Naurah, how are you today. You are going to accompany mommy for work today. Hope you being fine & well".

Sweet tak I bercakap dengan baby sebab bila baby dah 40 hari dalam kandungan dy dah boleh dengar actually if kita communicate dengan dy. Kalau kita tak cuba maka kita tak tahu. Baby akan behave sangat kalau pagi-pagi I cakap dengan dy. I kurang rasa pening atau nak muntah. Tak pasti la dengan orang lain. Mungkin I sorang je yang praktik macam tu atau I terlebih excited. Tapi yang pasti it's work with me.

Lepas selesai semua dengan doktor pergi bayar bill & amik ubat. This time doktor bagi I ubat untuk stok sebulan so masa bayar bill tu agak mahal sikit. Total bill ubat & consultation RM 287.00. Perut dah lapa. Balik singgah rumah anak buah hubby makan tengahari. Ibu dekat rumah buatkan nasi lemak lauk rendang ayam. Memang rezeki hari ni tak payah susah-susah masak. Kenyang sampai malam, alhamdulillah.

Terlupa nak inform, Doc.Pang bagi EDD I 22/4/2015. Bulan April. Masa ni EDD doktor yang bagi sebab I pun tak ingat bila last I period. Lagi pun I memang period tak menentu ada masa datang & ada masa tak datang. Lepastu datang pun sekian-sekian je. Jadi based on EDD dalam sistem. 

Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR GULA KLINIK KESIHATAN (MGTT)

 Assalamualaikum,  After my 1st visit dekat KK last 2 weeks, nurse schedule my appointment untuk minum air gula since I ada previous pregnancy history kencing manis & berat melebihi. My weight 90kg masa timbang. Extra 4kg dari timbang dekat rumah sebab I ada masalah sembelit during this 2nd pregnancy. Makan buah kadang-kadang jalan & selebihnya memang x jalan.  I datang purposely untuk minum air gula sahaja atau Bahasa Inggeris panggil MGTT (Modified Glucose Tolerant Test) sebab masa 1st visit kandungan I dh reached 17 weeks so nurse risau terlalu lewat untuk buat MGTT. Basically ini prosedure basic untuk yang hanya datang for MGTT sahaja & kalau datang untuk check perut sekali prosedure mungkin berbeza sedikit sebab perlu ada kaunter visit. Prosedur Minum Air Gula ( MGTT ) 1. Puasa since a day before start from 10pm (No air at all) 2. Daftar klinik untuk ambil darah 1st session & still dalam keadaan berpuasa 3. Tunggu 2 jam after sample darah 1st diambil...

MINUM AIR GULA

Assalamualaikum, #Throwback untuk worst part. Kalau ikutkan memang tidak ku mahu minum air gula ini. Gigih review blogger lain punya experience minum air gula dekat gomen. Ada yang kata suruh datang pagi sebab masa pagi-pagi nurse baru bancuh air gula jadi dapat minum suam-suam & kurang sikit rasa likat gula. Lain blogger pesan suruh bayangkan benda lain masa minum air gula & macam-macam lagi. Tekak memang mula rasa mual pagi tu. Sebelum nak kena minum air gula anda semua kena puasa hari sebelum start dari 10pm tapi dibenarkan untuk minum air kosong sahaja. Pagi sampai klinik amik nombor & hantar buku macam biasa. Tunggu nama nurse akan panggil sebab untuk minum air gula kena buat pertama sekali masa awal pagi register. Dalam 10min tunggu nurse akan panggil nama untuk hantar buku pink dekat lab minum air gula dekat kaunter 22. Kaunter 22 ni kira macam lab sebab kat sini amik darah & minum air gula. Kaunter 22 - Minum air gula & ambil darah. Masa dala...

SELEPAS BSP

Assalamualaikum, Jumaat & kali ketiga dalam minggu yang sama I register dekat KK.Sec.19. Hari Jumaat KK tak penuh & ramai macam selalu. Khamis pun kurang orang cuma Isnin - Rabu je orang tersangat ramai sampai kekadang nak tunggu nombor kena berdiri.  Pagi ni I register lambat sikit sebab kurang orang, jadi tak perlu nak bersesak-sesak & hari yang sangat selesa. Hari ni appointment jumpa dengan doktor sahaja. Lepas 10mins tunggu nombor I terus masuk bilik consultation dengan doktor. Rezeki hari Jumaat lagi dapat doktor yang mood okay. Doktor review result & kata okay tapi BSP ni kena repeat setiap 2 minggu.  Doktor ada cerita sedikit sebanyak apa masalah yang akan terjadi kalau seseorang ibu hamil mengalami masalah kencing manis sepanjang tempoh kehamilan. Antara yang doktor sebutkan mungkin kelahiran bayi tidak cukup bulan (bayi pra-matang), bayi kecil semasa dilahirkan ataupun kemungkinan bayi terlalu besar semasa dilahirkan iaitu melebihi 4kg. Ta...